innity

pages

Saturday, October 15, 2016

[ANDA KOMEN LAH SENDIRI] Pemain Bola Import dianugerah Bintang Cemerlang Melaka


Pemain Melaka United, Ilija Spasojevic mencipta sejarah tersendiri dengan rekod pemain import pertama menerima anugerah Bintang Cemerlang Melaka.
Kapten skuad Sang Kancil kelahiran Yugoslavia itu antara 34 individu penerima anugerah bersempena sambutan Hari Lahir Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Kapten skuad Sang Kancil yang mesra dipanggil sebagai 'Spaso' berkata, anugerah tersebut satu penghormatan besar buat dirinya.
"Saya amat gembira kerana menjadi pemain import Melaka yang pertama untuk menerima anugerah ini dan saya akan selalu mengingati hari bersejarah ini.
"Ia adalah satu penghormatan besar bagi saya untuk menerima anugerah 'Bintang Cemerlang Melaka' daripada Gabenor Melaka," katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Istiadat penganugerahan tersebut berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, hari ini.
Dalam catatan tersebut, penyerang berusia 29 tahun itu turut menulis sejarah ringkas penganugerahan bintang tersebut.
"Bintang ini mula dikurniakan pada tahun 1988 kepada individu yang telah berbakti dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negeri Melaka," katanya.
Spasojevic berjaya membawa Melaka United muncul juara Liga Perdana 2016 di samping muncul sebagai penjaring terbanyak dengan rekod 24 gol dalam 21 perlawanan.
Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu akan berdepan kelab Sime Darby untuk perlawanan akhir musim ini pada 22 Oktober nanti.

7 comments:

  1. AKU SEBAGAI PENJAWAT AWAM MENERAJUI SATU JABATAN SELAMA 10 TAHUN DI MELAKA MERASA AMAT MALU DAN JATUH MERUDUM MARUAH AKU terhadap pemain import yang telah diBAYAR GAJI PULUHAN RIBU SEBULAN berserta KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebijik gol pun kau tak score...kesiannya

      Delete
  2. aku nak cdgkn hanya 9 sultan termasuk YDPAgong saja yang boleh kurniakan pingat dan darjat kebesaran. jika negeri tiada sultan mcm melaka dan p.pinang biar Agong yg kurniakan bukan puak-puak UMNO yg tiada darah keturunan kesulatan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. otak letak kat kepala lutut, ini lah jadinya,,,merapu aje

      Delete
  3. kalau bukan melaka, pahang akan buat bagi pingat secara merapu begitu. kenapa ye? yang dipertua melaka asalnya datang dari pahang kot, entah la. artis luar dah biasa dapat, kini giliran pemain bola luar pulak. pemain bola tempatan dah dapat pingat semua ke?

    ReplyDelete
  4. buat le apa pon pahang dan melaka, cuma aku nak pesan jgn sampai rakyat dah meluat dan anggap sultan dah tak relevan lg, masa itu gerakan utk jdkn negara sbgi republik akan ambil peluang, hari tu pon di USA Najib digelar presiden bukan prime minister

    jangan disebbakan pahang dan melaka, sultan2 lain terima akibat

    ReplyDelete
  5. anugerah tu bagus tapi biarlah sultan yang bagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com