innity

pages

Wednesday, October 19, 2016

Akhbar: Subsidi minyak masak dijangka dipotong, harga bakal naik


Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan, kata akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.
Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.
Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.
Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.
Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.
Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 Jumaat ini.
Laporan Oriental Daily juga mendakwa ramai peniaga makanan mula menyimpan minyak masak menjelang pengumuman Bajet 2017.
Putrajaya melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" secara agresif sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.
Berikutan ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.
Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Menteri: Lesen ditarik jika sorok bekalan minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada mana-mana pembekal dan pemborong yang mengurangkan atau menyorokkan bekalan minyak masak bakal berdepan dengan tindakan tegas.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, lesen perniagaan pemborong dan pembekal  bahan itu boleh ditarik balik jika didapati mereka didapati menyorok bekalan bahan tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan.

Beliau  juga meminta kerjasama  peruncit agar membuat laporan sekiranya kuota penghantaran barang itu  berkurangan daripada  sebelum ini.

“Saya akan mengarahkan penguatkuasa KPDNKK  pergi ke  premis-premis pembekal dan peruncit  minyak masak buat serbuan dan memastikan mereka ini tidak menyorok barang-barang.

"Apa pun yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan ketika ini harga minyak masak masih lagi berpatutan iaitu RM2.50 bagi setiap kilogram.

"Subsidi (minyak masak) itu masih lagi harga yang sama  dan tak adil kepada rakyat sekiranya ada pihak yang menyorok bekalan," katanya  selepas melakukan pelaksaan Skim Kawalan Harga sepena Perayaan Deepavali, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas subsidi minyak masak akan dimansuhkan mulai November depan yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp
Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hasan, Ahli Parlimen Tapah merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

Hamzah berkata,  pada masa ini tiada sebarang aduan rasmi diterima berhubung perkara itu dan pihaknya akan bertindak dalam kadar segera dengan  menghantar penguatkuasa untuk melakukan siasatan segera apabila menerima laporan.

Menurutnya, pemborong dan pembekal yang menyorok bekalan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukaman denda RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Kementerian mengenal pasti sebanyak 18 jenis barangan bagi pelaksanan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016.

Kategori barangan  harga barang kawalan  terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering dan daging kambung bagi pelaksananan skim pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com