innity

pages

Wednesday, October 12, 2016

ADAKAH PENGGUNA MESTI AMBIL GAMBAR TIDUR dan SAKSI?: PLUS: Penalti hanya dikenakan kepada pengguna tiada alasan munasabah


KUALA LUMPUR: Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan. 

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya. 

Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan. 


"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti  antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit. 

"Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun. 

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan. 

"Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya.  

PLUS mengulas kenyataan yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan yang menjadi viral selepas mendakwa dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM6.40 ketika menggunakan lebuhraya PLUS antara Gurun dan Pendang.  

Difahamkan, Damar berehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit. 

Selain itu, PLUS berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.  

Katanya, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol. 

"Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan.

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya.

3 comments:

  1. Nampak gayanya kalau letih n mngantok tak leh nak tdo le kat R&R lebuh raya nnti kena penalti lak...

    ReplyDelete
  2. Gomen takdok duit
    Caj macam2 la kepada rakyat
    Bankrapla plus dan bn
    Hancusla plus bn
    Malapetakala bn ros jib

    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. baca betul2 apa PLUS ckp sblm nk komen...penalty dikenakan dr mana plaza tol masuk dan dimana plaza tol kau keluar..contoh mamat tadi dr Gurun ke Pendang, tetapi jika kau masuk dr tol Jalan Duta dan keluar tol Jawi yg travel lebih kurang 4 jam tetapi kau berhenti rehat di R&R Bukit Merah dan memakan masa sehingga 6jam, PLUS tkkan kenakan penalty sb perjalalan kau jauh dan memakan masa yang panjang. Ini pendapat akulah dan kalau salah mohon PLUS perbetulkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com