innity

pages

Friday, October 28, 2016

4 LANGKAH bijak apabila berdepan orang liberal


SETELAH bersama ISMA dan PEMBINA hampir 6 tahun, Alhamdulillah, dapat berhadapan sendiri dengan golongan Melayu Islam liberal di Malaysia, melihat mereka tanpa segan silu mencabar kedudukan Islam yang mulia.
Ada yang menolak hukum Islam, kutuk dan anti-institusi Islam, tolak negara Islam, menyokong kahwin sejenis, mak nyah, kebebasan Syiah, hak minum arak, berkhalwat, berzina, dan segala cara hidup yang melanggar syariat.
Provokasi, kutukan dan tindakan-tindakan kurang adab golongan ini sama ada dalam media sosial ataupun ketika kami berforum sudah menjadi kebiasaan.
Namun begitu, usah khuatir. Ingat empat tindakan ini apabila berhadapan golongan liberal di Malaysia:
PERTAMA
Apabila orang liberal bertindak ganas, kita perlu bertenang dan nyatakan kebenaran.
Terjerit-jerit, provokasi panel, rampas mikrofon pengacara (tragedi Mariam Malaysiakini), hentak-hentak kerusi, tunjuk jari tengah (waktu tragedi forum RUU355), adalah perkara biasa apabila kami mengisi tempat yang dihadiri golongan liberal.
Dalam menhadapi situasi ini, kita perlu bertenang kerana siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya.
Masih saya ingat apabila dijemput mengisi mengenai buku Wanita Songsang. Mikrofon pengacara dirampas, penonton menjerit-jerit serta ada yang menghentak kerusi.
Namun, kami menjawab dengan sopan dan berhujah daripada ayat Al-Quran dan sebagainya.
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman: 17]
Inilah hakikat rahmatan lil alamin.
Mereka mula senyap dan dapat lihat kebodohan tindakan mereka sendiri.
Ya. Kami tidak menolak untuk berdialog bersama mereka, namun duduk bersama itu bukan syarat untuk kami berdiam diri dan menyuarakan kebenaran.
Saya sangat berharap gerakan Islam seperti IKRAM mampu sedar perkara ini. Sahabat-sahabat yang saya sayangi yang juga ramai dari gerakan ini, harapnya mengerti slogan rahmatan lil alamin.
KEDUA
Ingat bahawa golongan liberal Malaysia nampak sahaja ramai penyokong, tetapi hakikatnya mereka hanyalah badut yang ditertawakan.
Sewaktu buku Wanita Songsang ‘panas’, pembongkaran bertubi-tubi mengenai kesesatan golongan feminis di Malaysia ini.
Twitter kami diserang oleh penulis-penulis buku tersebut.
Kemudian apabila kami ajak berjumpa semasa ceramah kami di UM mengenai feminisme, hanya berapa kerat sahaja yang datang.
Siti Kasim pula, nampak sahaja hebat, hakikatnya seperti abu berterbangan.
Bantahan golongan liberal ini terhadap penolakan RUU 355 (bidang kuasa Mahkamah Syariah) depan Putrajaya (lebih tepat, tepi jalan)
Ramai sangat.
Promosi sejak 6 hari sebelum.
Like foto dalam media sosial sampai 600++.
Tetapi yang hadir cuma sembilan orang sahaja.
Sangat kasihan golongan liberal ini kerana bukan sahaja buang masa dan rugi di dunia, malah jika mereka berterusan menyokong kesesatan liberal, Allah menjanjikan:
Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan terima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi (Ali Imaran: 85)
KETIGA
Ingat yang mereka bukan tidak tahu apa itu liberal, tetapi mereka memilih bersama liberal
Barisan hadapan pejuang liberal di Malaysia, G25, SIS, COMANGO, NEGARA KU, IFC dan lain-lain bukan lepasan SPM. Mereka berpelajaran dan tidak lemah pemikiran untuk berfikir.
Siti Kasim, pejuang tegar liberal setakat ini, sangat lantang dan berani. Dia seorang peguam. Tetapi, dia ahli SIS, penyokong LGBT, bible guna kalimah Allah, tolak undang-undang Islam dan segala huru-hara liberal di Malaysia.
Hakikatnya, mereka liberal penipu yang merosakkan agama. Bukan tidak tahu kebenaran tetapi memang memilih untuk menentangnya.
Sebagai seorang peguam, adalah satu penipuan jika dia tidak tahu cara hukuman sebat yang digariskan oleh undang-undang Islam di Malaysia.
Semua jelas dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Selangor, Johor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat antaranya seperti berikut:
Seksyen 125 (3) (e), orang itu perlu menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana TANPA mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
Malah dalam tatacara tersebut juga menggariskan alat, waktu, pakaian, kehadiran pegawai perubatan, pengecualian bagi yang berumur atau mengandung dan lain-lain lagi yang menjaga kesejahteraan pesalah itu sendiri.
Hukuman syariah bukan untuk menghukum. Tetapi untuk mendidik, mencegah dan merawat jenayah yang terjadi.
Tetapi hakikat ini ditutup oleh golongan liberal ini. Kononnya mereka tidak tahu. Sedangkan itu adalah kepakaran mereka.
Kesesatan mereka makin jelas di negara tercinta ini. Keterdesakan hebat kelihatan dalam tindakan-tindakan mereka untuk mencabar kedudukan Islam di Malaysia.
KEEMPAT
Kekal dan bersabarlah di jalan dakwah kerana kehancuran yang batil itu adalah pasti.
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” [Al ‘Ashr: 2-3]
Perkara yang paling sukar bagi gerakan Islam di Malaysia adalah mengenal musuh dan kawan mereka.
Duduk sebentar sebelum mengatur langkah, usah menjadi bidak-bidak yang dicatur musuh.
Ingat, selagi belum kiamat. Islam tidak pernah hilang musuh.
ISMA Membangun Umat Beragenda, PEMBINA Meneraju Arus Mahasiswa.
Sharifah Abdul Samad
Aktivis iPeguam

7 comments:

  1. Got no beef with ISMA and what they are doing is for the good of Islam and the Country perse however, should it not the drum be beaten much with the same noise and frequent regarding the HEIST-OF-THE-CENTURY which is of the WORLD propulsion and purging and gagging and blunting of various agencies which should be upholding the Integrity of The Law of the LAND in the first place!$#@???

    You look at the numbers standing outside the Parliament (so called liberals) and take that and look at the crowds against the Chief-Bugis-Pirate and his bunch of Ministers-Thieves or perhaps note the Citizens' Declaration, you do the comparison!

    Macam mana kita pertahan kan ISLAM when orang muslim dan pemimpin muslim buat engkar dan onar......??? How does that reflect on ISLAM???

    ISMA, take sides by all means but run parallel or at least be fair in passing critical rhetorics to whomever is/are damaging the country and society, please.

    MLN

    ReplyDelete
  2. apa salahnya ajd liberal? banyak betul org melayu tiru pak arab yang maha pemalas lagi biadap tu. semua nak diharamkan.

    ReplyDelete
  3. Kalau rasul lihat apa ya kita buat aapa reaksi baginda..kita bersumpah tuhan itu satu penganut islam itu saudara..islam itu mudah islam itu penawar segala musibah...tapi kenapa ..kenapa bnyk pahaman...mahzab. puak..golongan..kan islam itu relevent sepanjang zaman dan utk seluruh alam....

    ReplyDelete
  4. “Your first arena of struggle is your own selves, if you triumph over them, you will have power over others, and if you fail at struggling against them, you will be weaker against others. Therefore try fighting your own souls first, and remember that the whole world is waiting for a generation of young people characterized by perfect purity, impeccable morals and high manners, so be these youth and do not despair. Keep in mind the words of the gracious messenger, Allah's peace and blessings upon him: "Guarantee for me six things in yourselves and I can guarantee Paradise for you: Speak the truth, keep your promises, protect what's entrusted to you, protect your chastity, lower your gaze (from the opposite sex), and keep your hands away (from other people's rights and properties)". Then look, are you these? And "Allah will see your work, and so will His messenger and the believers, then you will be returned to the world of the Unseen and the witnessing, and then He will inform you of what you used to do." - Imam Hasan al-Banna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:21am

      Wow! Aku setuju sangat apa yg ko cakapkan... Salute lah!

      Zaman skrang mana nak cari insan2 berkarakter seperti Imam Hassan Al-Banna atau Pendita Za'Aba ???

      Allah!

      Delete
    2. An-Nisā':28 - Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan BERKEADAAN LEMAH.

      An-Naĥl:128 - Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang BERUSAHA memperbaiki amalannya.

      Hūd:117 - Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka SENTIASA MEMPERBAIKI keadaan sesama sendiri.

      Al-Baqarah:195 - Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah MENGASIHI orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

      Delete
  5. PM yg sorang tu pun ampa x boleh nak buat apa. Sibuk nak tangguk semua yg liberal. Mana mungkin kamu boleh tangkap ikan yg hanyut dilautan bila jaringnya yang direntang dan dibiarkan. Bila jaring diangkat mcm mana kamu nak bezakan yg mana hanyut, yg mana yg ikut arusnya dan yg mana yg membuat haluannya sendiri? Jika arusnya kuat kepada kebnaran pasti ia akan menyusurinya. Betulkan pimpinannya dulu. Jgn digodak2 air yg tenang. Kerana kabutnya hanya sementara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com