innity

pages

Wednesday, September 7, 2016

Video: Gadis Malaysia juara Muaythai Remaja Dunia


KEHEBATAN seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun memenangi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia sememangnya satu kejayaan manis buat negara apabila menjuarai sukan yang didominasi negara jiran, Thailand.

Nur Amisha Azril Rizal menjuarai kejohanan yang diadakan di Bangkok, Thailand selepas menewaskan petinju tuan rumah, Phin Pong Ratchada menerusi keputusanknock-out (KO) pada pusingan kedua kategori 54 hingga 57 kilogram.
Kemenangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, Perak ini turut diraikan bersama-sama dengan rakan sekolah dan guru di sekolahnya.

Beberapa keping gambar Nur Amisha diraikan dengan berarak di dalam kereta bersama pelajar sekolah ini dimuat naik Facebook Malaysia Football Team.
Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Amisha dan terkejut dengan penampilannya di sekolah yang tampak baik dan ayu. Namun di sebalik keayuan itu, ada sifat juang dalam diri anak kelahiran Perak ini.
Sumbangan pingat emas Nur Amisah dalam kejohanan ini turut mendapat saranan daripada netizen untuk dilantik sebagai pengawas dan biro disiplin sekolah supaya tiada lagi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Nur Amisha mula mendapat latihan muaythai seawal usia tujuh tahun ini aktif dengan Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Muaythai Amatur Perak. – MYNEWSHUB.CC

1 comment:

  1. Cute je aku tgk diaorg fight..apa pun Tahniah Nur Dan coach botak. Malaysia Boleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com