innity

pages

Monday, September 5, 2016

[VIDEO] Dr Mahathir hadir di mahkamah bersalaman dengan Anwar


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua pemimpin yang pernah bersama memimpin negara pada 1990-an itu dilihat bertegur sapa dan bersalaman.
Pertemuan mereka merupakan yang pertama selepas genap 18 tahun dan 3 hari Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat Dr Mahathir pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir hari ini ditemani Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ahli Parlimen PKR Tian Chua, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Kamarudin Jaffar, dan bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Turut hadir ialah barisan peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya, di samping peguam Melissa Sasidaran, Eric Paulsen dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan.
Anwar, 68, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menuntut deklarasi Akta MKN tidak berperlembagaan dan terbatal serta perintah injunksi menghalang penguatkuasaan MKN.
Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu antara lain memberikan kuasa kepada perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.
Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.
Akta itu diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.- FMT

7 comments:

  1. TUN ADALAH SEORANG PEMIMPIN BERJIWA BESAR.
    TAHNIAH TUN.

    ReplyDelete
  2. Allah nak tunjukvbetapa lemaruknya manusia ini demi mencapai cita2 ingin menjatuhkan seseorg.
    MasyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BALACIS DGN MACAIS BUKAK MULUT JER BERSEMBUR DEDAK.

      Delete
    2. jgn lupa tangkap PO1 (Penang Offcial 1)

      Delete
    3. Pakar alih tiang gol memang kerjanya menyembur dedak.
      Kah kah kah.
      The fact an isue is mo1.

      Delete
  3. Bertaubatlah chai 7.48, dedak korang makan dan sumbat tu hasil curi duit rakyat....nauzubillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com