innity

pages

Friday, September 16, 2016

[UMNO MAKIN GIGIL] PAS sedia Bertanding Satu Lawan Satu DEMI KALAHKAN BN pada PRU14


KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak menolak pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan jika semua pihak bersungguh-sungguh mahu mengalahkan BN pada PRU14.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, walaupun Pas berada dalam blok ketiga dan tidak bersama-sama Pakatan Harapan, pertandingan dua penjuru melibatkan pembangkang dan BN tidak mustahil boleh berlaku dengan usaha dari semua pihak.

“Pertandingan satu lawan satu atau ‘straight fight’ ini lebih baik. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Datuk Mahfodz,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu malah yakin parti pembangkang akan menang besar jika ia digunakan menentang BN.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, perkara itu perlu kepada satu perbincangan dengan mana-mana gabungan untuk memastikan perkara itu berlaku.

Bagaimanapun buat masa ini, Pas masih lagi tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan juga Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam masa sama, beliau juga yakin Pas akan tetap pertahankan kerusi-kerusi ditandingi berdasarkan status quo.

“Soal itu kita serahkan kepada pimpinan apa yang terbaik pada PRU14,” katanya.

5 comments:

  1. In shaa Allah, semuanya dalam pengetahuan Allah SWT. Apa nak digigilkan beb, setiap sesuatu memang ditakdirkan Allah. Musuh je yg harapkan opponen gigil tapi elok jangan dilayan dan dipedulikan. Satu lawan satu bukan pelikpun dalam pru bagi bn. Dah biasa dah. Masa berentap dgn pr, kemudian ph, sama je. Kot yg gigil ialah calon yg nk lawan bn. Mcm prk sg besar & kuala kangsar. Kemain seronok kononnya umno/bn hilang deposit tapi Allah takdirkan umno menang. Apa cerita? Masa tu cerita karut 1mdb dah ada ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YOLO KAWE CAYO TUH!HOK SENGOTI MEME LAGU TU LA TP PUAK2 TU MANO NOK RETI BASO,KECEK IKUT SEDAP MULUT DIA JAH.DOK PIKIR DIO JAH KUAT,KUAT KITO DIA TAK TAHU,HAMPEH

      Delete
  2. patutnya pembangkang yang tak harus bermimpi...... sebab pas pasti PERTAHANAN kerusi sedia ada dan PERTAHANAN kerusi2 yang pernah ditanding atas tiket pas atau milik pas..... maknanya apa? PAN tak boleh berangan DAP jangan berangan... pKR tinggal angan-angan.... Dan hehehehehe...Parti TUN BERSATU tinggal kenangan menangis menyapu mata ngan saputangan sebab confirm takder kerusi....tak payah lah buat cerita sedap kononnya pembangkang akan satu hati untuk straight fight sebab masing2 nak kerusi sedia ada dan sesilap nak lebih..... puiiiiii

    ReplyDelete
  3. Propaganda pembangkang selalunya hebat..tgok prk sg besar dan k kangsar..kenapa kalah?? Mcm anon 4.42 katalah..ketentuan Allah. Kita jgn cepat termakan dakyah pembangkang ni..dia sesama sendiri berebut kerusi.. kalau dlm satu team berebut..lu fikir lah apa jadi?..ingat perintah negara mcm jaga reban ayam ker..

    ReplyDelete
  4. Kalau PRK(pilihanraya kecil) yg dijadikan kayu ukurannya oleh BN, tidak lah Kelantan, Selangor dan P.Pinang jatuh ke Tangan Pembangkang..Terengganu & Perak Nyaris2 BN Tumbang..
    Harus diingat oleh BN/Umno, kemelut politik & Ekonomi serta Masalah2 Dalaman Umno sekarang TERLALU KRITIKAL jika dibandingkan dgn yg berlaku sebelum ini..PRU14 akan Membuktikan Kebangkitan SUARA RAKYAT yg Tidak berpuashati dengan Kerajaan BN yg ada Sekarang ini..Kalau Kerajaan BN ingat Kuasa Mutlak ada di Tangan PM dan Menteri2 Kabinet yg Lebih Mementingkan Kepentingan Peribadi daripada Masalah yg Rakyat Hadapi, kita Tunggu dan Lihat bila tiba masanya "Kau Orang" akan Datang Meminta & Merayu utk UNDI nanti..Masa tu boleh tengok yg "Kau Orang" ni jenis yg "Lembut Gigi daripada Gusi"...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com