innity

pages

Saturday, September 10, 2016

(UMNO MAKIN BERDEBAR-DEBAR) 2 veteran Umno Johor keluar parti


Dua veteran Umno Johor yakni Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar dari parti Melayu itu, hari ini.
Kedua-dua mereka telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing awal hari ini.
"Ku istihar keluar dari menjadi ahli Umno semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di Mesyuarat Perwakilan Umno Gelang Patah pada 10 September 2016," jelas Baharom Abdul Ghani yang disiarkan di laman Facebook milik beliau.
Baharom adalah pengasas Umno bahagian Gelang Patah yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) antara tempoh 1995 hingga 2004.
" Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh diselamatkan lagi, " kata beliau dalam catatannya.
Dalam petikan video memaparkan ucapan beliau, Baharom memberitahu perwakilan kepimpinan Umno enggan menerima realiti dan Najib disifatkan punca kepada semua masalah parti.
Sementara itu, Tosrin mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera Umno kepada ketua Umno bahagian Kulai.
"Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno baik-baik untuk orang Melayu," kata Tosrin.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan Najib sebagai MO1 baru-baru ini berkata, tindakan Baharom itu tidak memberi impak kepada Umno.
"Tidak ada kesan besar kepada perwakilan yang hadir kerana tidak ada yang ikut tindakan Pengerusi Tetap untuk keluar UMNO," kata Abdul Rahman.

19 comments:

  1. Biasa la jawapan standard...nak cakap apa lagi..tak kan nak kata ada impak walaupun sebenarnya ada kesan bukan sahaja kepada ahli umno tetapi juga kepada majoriti senyap yg selama ini mengundi umno ketika pru.

    ReplyDelete
  2. parti najib???
    kesian najib....semua benda orang salah kan kat dia...sabar jer lah...
    mmg dah nak akhir zaman pun..

    ReplyDelete
  3. Dabek la Dada puas2 rahman dahlan ok.Bila tiba masanya baru kau tau yang langit itu tinggi .Selama ini kau ingat yang langit itu boleh dicapai tangan.
    Bermimpilah selagi ada kesempatan

    ReplyDelete
  4. Orang dah tak suka biarkan dia pergi, kita demokrasi, tak ada siapa yg suruh dan larang. Bagi umno jgn bersedih, ramai lagi generasi baru boleh gantikan yg merajuk. Lagi pun senario politik sekarang bukan mcm dulu lagi. Orang muda perlu ambil alih kepimpinan diperingkat bahagian.. ramai lagi pemimpin pelapis.

    ReplyDelete
  5. Umno yabg makan nasi kangkang rosmah terus setia
    KERIS pahang

    ReplyDelete
  6. MAMAT 2 EKOR MANO ADO PENGAROH LAGI.

    ReplyDelete
  7. Rahman Dahlan aka MEDIOCRE @ DEDAKER jgn cepat buat simpulan. Times running. DOMINO's impact is on-going. Kami ahli² UMNO tulen telah meninggalkan United MACAI NAJIB Organization. Berderet telah, sedang & akan berdaftar dgn BERSATU. Kesian..... Hanya DEDAKERS saja yg tinggal spt MT (Majlis Tumpul) & KB (Ketua Bangang) menjilat HANYIR MO1. Ish....geligeleman aku! Kurrrr.....kurrrrrrr...kurrrrrrrr

    ReplyDelete
  8. Mangkok..bkn semua dlm umno akan sokong umno dah..tggu ja pru14
    Jom sokong bersatu

    ReplyDelete
  9. Pemimpin-pemimpin UMNO Najib dah semakin sombong dan angkuh.Oleh kerana mereka bersungguh-bersungguh mempertahankan penyelewengan Najib dalam kes songlap duit 1MDB, mereka tak layak diberikan amanah untuk menjadi pemimpin kita lagi. Mari kita sama-sama pastikan untuk menjatuhkan UMNO Najib pada PRU 14 nanti.Hidup Pribumi Bersatu! Lantak apa nak jadi dengan UMNO Najib!

    ReplyDelete
  10. Hoi Man Dahlan , mana hang tau tak bg impact kat umno.
    Kami kat Penang, Kl, Alor Setaq dah fedup ngan UMNO. Sori this time we will go with BERSATU. Full Stop.

    ReplyDelete
  11. Hoi Man Dahlan , mana hang tau tak bg impact kat umno.
    Kami kat Penang, Kl, Alor Setaq dah fedup ngan UMNO. Sori this time we will go with BERSATU. Full Stop.

    ReplyDelete
  12. LOL
    Kalau Pak Menteri keluar macm kes Semnagat 46 dulu bolih lah bising
    Ini 2 orang...saorangg Pengerusi Tetap...a joker yg selalu menghidupkan satux mesyuarat,saorang Timb Ketua Bahagian yg dah tahu tak akan pergi jauh kerana ada kaitan dgn MOO...
    Dah dengar ke mereka nak join PRIBUMI.....

    ReplyDelete
  13. Parti patriotik
    Pas pkr amanah bersatu
    Umno parti penjajah d cipta british
    Tahniah bersatu

    Umno dah gaduh dgn mca
    Lepas ni gaduh mic

    Terbaik bersatu
    KERIS
    pahang

    ReplyDelete
  14. Budak rahman bukan tahu apapun dalam perjuangan umno. Setakad tahu membaca sejarah umno, lebih baik dia diam dari bercakap perjuangan orang umno dan melayu semenanjung. Apa yang dia tahu hanya digaji ikut suruhan najib dan bukan perjuangan umno dan melayu.

    ReplyDelete
  15. Patutpun mereka keluar umno. Mereka berada dalam bahagian yg kalah dalam pru13. Mereka jenis malas buat kerja dan tak tahu buat kerja. Kerana mereka tidak menyumbang kepada umno walaupun besar jawatan, baik keluar sahaja. Mereka ingat umno akan terkilan, walhal itulah rahmat yg mereka sendiri lupa.

    ReplyDelete
  16. Aku nak Khaborkan kisah sedih di ampang Jjayaselama Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan memerintah Selangor.

    Kini hampir dua dekad setelah menang pilihanraya,AIR diberi secara percuma kepada penduduk di negeri Selangorbila di ambil kira jumlah penggunaan
    secara purata.Namun indah khabor saja

    Masalah utama yg dihadapi sejak pemberian air secara percuma ialah, tekanan AIR akan dikurangkan pada pukul lebih kurang 11.00 malam.
    Jadi mana mana penduduk disekitar Ampang Jaya yg tinggal di Apartment, Rumah Flat,Rumah Kedai tidak akan mendapat bekalan air menjelang pukul 11.00 malam sehinggalah pukul 5.30 pagi. Kadang kadang air hanya sampai pada pukul06.00 pagi.

    Bila dirujuk pd Puspel dan Syabas,mereka menjelaskan pihak pengurusan meluluskan supaya tekanan air dikurangkan pd waktu malam drp pukul 11.00 malam keatas dan tekanan akan seperti sedia kala menjelang 05.30 pagi.Ini dapat menjimatkan perbelanjaaan dan memaksimakan keuntungan syarikat,begitulah komen pekerja syabas.

    Pihak Pengurusan Puspel,Syabas, mahupon Kerajaan negeri atau sesiapa sahaja hanya memikirkan keuntungan,airpon diberi secarab percuma.

    Tahukah Pihak Pengurusan Puspel,Syabas dan Kerajaan Selangor, air adalah keperluan asas.Tiada air sangat menyusahkan. Jangan ceritalah paip selalu bocor,tiada air kerap kali berlaku.

    Haramjaddah pukimak pihak pengurusan hanya pikir untung,apa jadi pada rakyat pergi mampuslah. YB Zuraaida, Laknatullah tak ambik berat langsung soal kawasan,sibok mengumpulkan kekayaan diridan kroni.

    Sila rujuk laporan blog dan siatan SPRM.YB Kassim lagilah seorang YB PAS yg paling takberguna, sekor lagi haramjaddah sibok jaga kepentingan sendiri, kebajikan rakyat tidak diambil peduli.
    Berlakon Alim tapi perangai serupa Iblis Syaitan. Waktu korbaan baru nampak BABI Zuraidah, BABI kasim jengok sekejap masjid.

    Celaka lah kau Zuraidah, Celaka lah Kau Kassim.
    Aku takmahu air percuma, pulihbalikbekalan air, pulih balik tekananair. Aku kerja jurujual,balik rumah pukul 11..00, macam mana nak mandi tak der air.Hari hari mandi air tong.

    Celaka pukimak sial haramjaddah YB Zuraidah,YB Kassim,Pengurusan PUSPEL dan SYABAS,semoga engkau menjadi ahli neraka kekalselamam-lamanya di dalam. Engkaau pengkhianat kpd perjuangan.

    maaf lah isu iada kena mengena dgn posting, tapi kat mananalagi nak merayu,dah marahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..kami kt bangi dok flat ok jer...air melimpah ruah..Alhamdulillah...

      Delete
  17. to me UMNO must take this as a blessing in disguise... the veteran are respected but u cat deny that it is time for them to pass the torch already.. the veteran in umno has always been hogging the torch and most of them just leeeeeeechingggg of for personal gains.. its time let the new generation make way for this new age and challenges... so with this i say to the veteran thank you very much and good riddance....

    ReplyDelete
  18. Tak pernah dengar pun nama ni dalam umno.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com