innity

pages

Wednesday, September 7, 2016

Ulama bercakap berlandaskan nas al-Quran, hadis… Nazri bercakap ikut nas liberalisme


BEGINILAH ceritanya apabila pemimpin yang jahil agama dilantik jadi menteri. Semuanya ingin diulas mengikut logik akal semata-mata berpandukan nas liberalisme.
Apabila Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim disoal mengenai cadangan mendirikan replika burung helang di Gunung Lang oleh Majlis Bandaraya Ipoh, beliau pun memberikan jawapan dengan merujuk nas al-Quran dan Hadis, serta juga pandangan jumhur ulama.
Ustaz Zamri bukannya bercakap ikut sedap mulut atau ‘main bedal’ sahaja. Memang jelas terdapat larangan dalam Islam membina replika atau patung benda bernyawa seperti binatang. Bahkan, jika sudah siap dibina, ia wajib dirobohkan.
Itulah bezanya ulama dan pemimpin politik. Ulama bercakap mengikut nas al-Quran dan hadis yang menjadi pegangan seorang muslim sejak lahir hingga nyawa dicabut. Tetapi, pemimpin politik yang hendak menjaga ‘harta dunia’ bercakap menggunakan nas liberalisme, mengetepikan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
BERITA BERKAITAN:
Ini bukan pandangan peribadi Mufti Perak mahupun Timbalannya. Larangan ini boleh dibaca sendiri oleh YB Menteri Nazri Aziz dalam kitab-kitab agama.
Antaranya ialah ijmak (persepakatan) ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa haram hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau haiwan yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang, dan ia wajib dirobohkan jika sudah dibina.
Dalam hadis Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi’ bahawasanya Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma menceritakan kepadanya, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Bahawasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): “Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.”
Dalam hadis Bukhari dari Muslim pula, Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:
Maksudnya: “Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).”
Larangan ini adalah berkait dengan perbuatan mencabar kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta dalam konteks menghidupkan makhluk dan ia juga sebagai langkah menghalang daripada berlakunya perbuatan syirik apabila patung itu dibiarkan disembah.
Selain larangan, terdapat juga perbincangan ulama berkenaan bagaimanakah pula binaan patung yang dibenarkan oleh syarak.
Barangkali Nazri sendiri tidak sempat meneliti nas-nas yang jelas sejelas-jelasnya berkenaan larangan itu dan huraiannya kerana mungkin di atas rak dalam rumah Nazri terdapat lebih banyak buku-buku liberalisme daripada kitab-kitab Islam.
Jika Nazri tidak tahu, mengapa beliau berkata kenyataan Ustaz Zamri adalah pandangan peribadi? Sedangkan, Ustaz Zamri menulis artikelnya berdasarkan hadis sahih dan ayat al-Quran.
Bagaimanakah pula dengan kenyataan Nazri yang mengatakan patung helang di Langkawi didirikan bukan bertujuan untuk keagamaan
Nazri berkata lagi: “Itu adalah pandangan dia (Ustaz Zamri), tidak wajar untuk memberi sebarang komen. Sebagaimana yang kita semua tahu, kita tidak menggunakan patung untuk bersolat”, adakah ini bermaksud Nazri menolak pandangan Ustaz Zamri yang berlandaskan nas al-Quran dan hadis?
Jika begitu, boleh jadi Nazri bercakap berlandaskan nas akal dan nas liberalisme dalam isu ini. Nas larangan ditolak, kaedah fiqh sadd az zariah juga diketepikan.
Nazri perlu mencontohi Majlis Bandaraya Ipoh yang merujuk pakar agama terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan atau keputusan berkaitan hukum hakam.
Kata Pedang: Sayang! Tok ketua Kampung Beluru tak jauh dari Kuala Kangsar yang selalu Nazri kunjungi rumahnya sudah meninggal. Jika tidak mungkin Nazri boleh belajar agama daripadanya.

- ismaweb

2 comments:

  1. Di selalu p rumah org tua tu bkn sb nk ngaji..tp nk uruskan agar awang likunya keras....

    ReplyDelete
  2. dah ada hadis yang sahih,apa alasan lagi yg diorg nak gunakan untuk halalkan benda yang haram?mungkin hujah diorang lepas ni ialah "buat patung memang x boleh tapi buat tugu boleh sebab nabi x cakap apa2 pasal tugu".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com