innity

pages

Sunday, September 18, 2016

'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya' - Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja


Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor Mohd Hamidi Abu Bakar hari ini, bertindak meninggalkan Umno.
Menerusi satu kenyataan Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu dia keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.
"Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan Nazri kepada saya pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghalau saya daripada Umno.
"Kepada Nazri, saya telah melakukannya," katanya.
Pada Mei lalu, Mohamed Nazri dalam satu laporan dipetik sebagai berkata, beliau mencabar Mohd Hamidi untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
"Dia boleh melihat sama ada ia akan membawa bencana untuk dia," kata Mohamed Nazri  sebagai respons kepada komen Mohd Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu selepas melakukannya sendiri hari ini.
"Saya berjanji insya-ALLAH saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan mengikut apa yang telah saya lakukan," katanya.
Dalam pada itu, katanya walaupun tindakan keluar daripada Umno merupakan satu keputusan yang sukar, namun ujarnya dia terpaksa melakukannya.
"Saya ingin memohon maaf pada ibu bapa saya dan keluarga besar saya yang kesemuanya adalah ahli Umno, serta ahli-ahli  Umno di kawasan saya yang telah memberi saya sedikit jawatan pada pemilihan yang lepas
"Apa pun ingin saya tegaskan, ini adalah atas dasar prinsip dan keyakinan saya bahawa Umno ini tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
"Orang Melayu sudah mula hilang keyakinan terhadap Umno, kerana ada sesetengah pemimpin Umno yang tidak serius menangani masalah rasuah serta ketirisan," katanya. - SH

24 comments:

  1. TAK PAYOH KECEK BANYOK.IKUT SUKO MUNG LAH.KITA AMALKAN DEMOKRASI TERPIMPIN.

    ReplyDelete
  2. jeng jeng jeng....

    Tunggu apa baruah2 UMNO Pargi Sarkis spin dan bust fitnah..

    Hahaha.....

    ReplyDelete
  3. Berambus la kau.
    Dasar manusia hipokrit.

    ReplyDelete
  4. DAH MEMANG NAK KELUAR PASTU BAGI MACAM2 ALASAN

    ReplyDelete
  5. Hari itu di Kedah ahli UMNO dihalau pemimpin.

    Hari ini di Selangor ahli UMNO meninggalkan parti itu, kerana dihalau.

    Lama-lama semakin kuranglah ahli UMNO.

    Yang ada hanya pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak kena dedak ni dah kuasai umno..tak ada keikhlasan dalam hati...dah mabuk dedak dan dah tak waras...sebab tu mulut mereka pun bercelaru...

      Delete
  6. Tahniah bersatu
    KERIS
    pahabg

    ReplyDelete
  7. Hak masing-masing..bila keluar tu duduk senyaplah..jgn kata dlm umno bnyak ketirisan ke apa ker..yg kau duduk dlm umno sebegitu lama buat apa?...tak tampal ker ketirisan tu mengikut jawatan yg disandang setidak-tidaknya dibahagian kamu..bila dah keluar jgnlah parti lama kita kata mcm-mcm..hidup senang susah pun bermula asal dari umno..tak gitu?..bawaklah berfikir cara rasional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno party dah rosak.
      Untuk orang2 rosak sahaja.

      Delete
  8. BETUL ANON 3.21

    sama macam Tun sama macam Din Pagoh, dah keluar parti terus kata parti x betul. Dulu masa jadi bos dok nganga kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kerana dulu betul..sekarang dah jadi penyamun penyangak haprak..mcm mana nak suka penyamun2 haprak nii...semua ormag benci orang2 jenis ini..kecuali yang otak nya sedikit mereng.

      Delete
    2. Jika seseorang mengiyakan kesalahan serius seseorang dan mengikut.. membelanya..nabi tak mengaku umat..Hadis.UMNO ni banyak hantu di dalamnya..sebab itu mereka tak penah faham hukum hakam..bukan senua kebanyakkan...

      Delete
  9. persidangan perwakalan umno umno bahagian kota raja tk nak berusia tentang isu rasuah dan ketitisan . Dah kena halau umno kata umno tidak betul. inilah naik ketua bahagian umno kota raja yang bertopeng pembangkang.

    ReplyDelete
  10. persidangan perwakalan umno umno bahagian kota raja tk nak berusia tentang isu rasuah dan ketitisan . Dah kena halau umno kata umno tidak betul. inilah naik ketua bahagian umno kota raja yang bertopeng pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITU TANDANYA UMNO DAH BUSUK. BYE BYE UMNO.

      Delete
    2. yg bermatian membersihkan umno yg dah kotor tu kt sini buat apa. Yg baca blog ni sumua yg benci umno.
      Syuh. .

      Delete
  11. drpd taik umno maka tertubuhlah pkr dan drpd taik pas maka tertubuh pula pan.. maka taik2 ni pun bergabung dan diketuai oleh kepala taik dap.. itulah yg dinamakan pakatan taik

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERANA UMNO DAH JADI TONG TAIK.
      DARI BERGELUMANG TAIK LEBIH BAIK KELUAR.

      Delete
    2. kepala taik ialah bn yg dah monopos.pemakan taik ialah anon 2:29 penyokong musibat bodoh nak mampus.

      Delete
    3. Realitinya UMNO ekarang jadi parti ynag amat di bencie walaupun oleh orang UMNO sendiri.Amat sedikit ynag pertahankan nya....iaitu dari mereka2 yang ada kepentingan wang ringgit dan jawatan di dalamnya..amun ramai juga orang UMNO yang benci UMNO dan sanggup tingglakan jawatan dan kepentingan wang dan keluar parti.Apa kah sebab UMNO begitu di benci sekarang walupun pun ramai dari keuan2 nya sendiri..kalau ada akal fikirlah sendidri...

      Delete
  12. Mereka cuba nak perbetulkan tapi dihalang dengan berbagai cara. Sekarang kenapanak salahkan mereka?

    ReplyDelete
  13. kenapa baru nak perbetul...dulu masa ada dalam Umno semua cantik...maki pembangkang macam2..hari ni jilat pembangkang maki Umno pula..

    Sama macam Pan, dulu puji Pas bila kalah tubuh Pan maki Pas. PKR pun camtu keluar Umno maki....Last2 jilat Cina DAP..Dulu Tun, Din Pagoh cukup anti Lit Siang, harini Kiat baik pula....

    Orang macam ni boleh pakai ka??? Jenis haramjadah ni gila kuasa namanya.. Pelingkup Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka melayu memang kena suka..dan semua bangsa kena suka bangsa yang lain asalnya...tapi kalu dah jadi penyamun , pencuri haprak siapa pun akan benci..tak kira apa bangsa...bodohnya cara berfikir perkauman cara umno2 haprak ni...sebab tu lah rakyat mulai membenci orang2 umno kebelakangan ini...

      Delete
  14. Umno tukan kepala bapak nazri punya. Kalau betul dia dah halau. Blah jelah. Tak rugi apa pun. Tapi kalau tunggu duit rm50 atau tengah lobi kontrak buat longkang, duduklah dalam umno. Kalau nak tunggu projek besar, mimpilah. Boss2 fah telan semua dah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com