innity

pages

Sunday, September 18, 2016

(TINGGALKAN UMNO ITU SUATU PENGORBANAN) Kisah wanita Menitis Air Mata Ketika Isi Borang Keahlian PPBM


Kisah benar :

Pada hari pertama pendaftaran ada seorang kakak ni datang mendaftar menjadi ahli PPBM.. dengan linangan air mata dia mengisi borang.

Kakak itu terlalu sedih melepaskan UMNO dan menyertai PPBM. But it is something that need to be done kata beliau. Tiada guna bernostalgia kalau merosakkan masa depan negara katanya 
.
.
.

Tulisan di bawah ini mungkin agak pahit , selari dengan perasaan kakak di atas, tetapi ini lah reality nya kenapa ramai yg dengan berat hati melangkah terus meninggalkan UMNO dan bersama bersatu dengan PPBM demi kesinambungan bangsa dan negara .

***

UMNO parti yg kita sayangi sebelum ini telah menderhaka pada bukan sahaja perjuangan Melayu tetapi mengkhianati semua rakyat negara ini kerana UMNO hari ini dipimpin atas kehendak individu -atas nafsu tertentu sehingga kita yang dahulunya memperjuangkan UMNO tidak lagi merasakan UMNO itu wujud kerana apa yg ada bukan lagi berdasarkan perjuangan asal kita.

Parti UMNO hari ini semakin ketara menjadi tunggangan kepentingan peribadi, lantas hari ini- mereka yg tidak akur kepada kehendak sirkulasi kecil ini d campak kerana mahu memegang prinsip asal perjuangan org Melayu khususnya dan rakyat lain tidak kira apa kaum dan agama.

Hari ini UMNO hanya tinggal nama. UMNO termusnah - tidak lagi ada nilai roh dan semangat perjuangan. Kini UMNO kaku dan perjuangan perlu diteruskan dengan wadah baru. Kita sedih dan selama ini yang kita kenal adalah UMNO telah rosak.

Namun kita tidak boleh bernostalgia dengan UMNO yg kini dirampas oleh orang yg kita harapkan dapat meneruskan perjuangan. Kita berharap pada pegar tetapi pegar makan padi. Ini tidak boleh dibiarkan. 

Kita perlu bangkit menentang mereka yg telah mencabul UMNO sehingga UMNO tidak dapat diselamatkan lagi.

Akan menangis mereka yg sebelum ini bersusah payah menaikkan UMNO. Akan berderai air mata mereka yg sebelum ini ikhlas berjuang atas nama UMNO dan percayalah kalau mereka melihat sekarang...kalau Tun Razak melihat sekarang, pasti Allahyarham akan kecewa dengan kesudahan UMNO.

Yakinlah wadah baru ini PERLU DIPERTEGUHKAN kerana lawan kita ini sanggup melakukan apa sahaja untuk diri dia dan keluarga beliau dan bergayut atas nama UMNO. 

Percayalah UMNO yg ada adalah UMNO yg hilang roh perjuangan dan kehadiran PPBM adalah untuk memastikan survival rakyat Malaysia.

***

Yaakob Osman

7 comments:

  1. Yg tak JD ahli ppbm belum tentu lagi kami pangkah BN dlm pru14,jgn risau yg diblkg tabir ramai yg sokong bersatu.

    ReplyDelete
  2. TAK PER,BILA RASA NYOSAL TINGGALKAN UMNO NANTI BELEH ISI BORANG AHLI UMNO PULA DAN BOLEH BAGI ALASAN YANG SAMA.TAK PUN BESOK LUSA ADA ORANG DATANG PUJOK TAK JADI KUAR UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK PER.. KITA BAGI BRIM LEBIH SIKIT...NANTI MENYESALAH DEPA .... hehe

      Delete
    2. BODO 2:08 PM.
      SETUJU DGN KAMU.
      SELAGI KAMU BEROTAK KAIN PELIKAT SELAI BERAS SEKAMPIT ?
      TAPI MELAYU DH MAJU.
      MELAYU MCM KAMU TINGGAL KAMU SAJA.

      Delete
    3. Bro. ...
      umno dh rosak.
      Tinghalkan jer
      jgn sampai anak cucu kamu kencing atas kubur kamu nanti.

      Delete
  3. Tah niah bersatu
    KERIS pahabg

    ReplyDelete
  4. Betullah perkataan melayu itu ertinya lari..maka melayu yg tidak puas hati terpsksa lari. Tak puas hati dgn umno lari masuk ppbm..pkr..pas..amanah. sampai bila nak lari. Mula dulu dlm umno suka seronok bagus semua ok. Bila dah ramai..berebut makan..mcm ayam ditabur jagung..tentu dah jagung banyak dan tak habis..tapi tak puas maka bergaduh sesama sendiri. Bila gaduh lari masuk reban lain..bila susah balik menginding nak masuk reban umno balik..itu lah keja melayu..tak habis lari..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com