innity

pages

Thursday, September 15, 2016

[TENDANG WANITA LAIN PULA] LELAKI TENDANG WANITA DARI BELAKANG TANPA SEBAB akhirnya DIPENJARA 3 BULAN


KUALA LUMPUR: Seorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menendang seorang wanita dua bulan lepas, mengaku bersalah bagi kesalahan sama, di sini hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Marmi Zabrin Mian, 33, atas kesalahan menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.

Kerani itu, dalam insiden sebelum ini, menendang seorang kakitangan Bank Negara di jambatan pejalan kaki berdekatan bangunan bank pusat itu. Perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup dan rakaman itu menjadi viral, mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.


Marmi melakukan perbuatan terbaru itu di terowong pejalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi di sini pada 5.30 petang Selasa lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika merayu hukuman ringan, Marmi, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan hukumannya kerana dirinya "penjawat awam".

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama dan "kamu tidak boleh menendang orang sesuka hati tanpa sebab". - Astro Awani

.

1 comment:

  1. Hmm..patut penjara lama sikit org ni. Kang dah kuar esok2 buat lg. X serik dia. Dah prnh kn penjara thn 2014 psl kes baling batu pecahkan tingkap rumah menteri di jabatan perdana menteri dgn balai polis. Ada baca artikel lama. Dia ada moon mcm pompuan plk.. Tetiba jd x betul kata jiran lama ah smnjk dia terlibat dgn kemalangan. Kin ada dah wayar kureng kot. Kesian gak tp pelik plk dpt keje kt kementerian pertahanan lg..mcm mn tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com