innity

pages

Sunday, September 18, 2016

[TAK SAMPAI SEBULAN, ZAHID WAKILI DI MESYUARAT PBB LAGI] Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat?



Oleh: Shahbudin Husin

Pada 22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri  Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC.

Dalam mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran  Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.

Majlis Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih setiap dua tahun.

Malaysia menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada Oktober 2014.

Semalam, Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi  Malaysia  ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25 September depan.

Menurut laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.

Antaranya Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai  situasi di Syria.


Dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua kali Zahid ke New York menghadiri mesyuarat PBB.

Kenapa Najib Razak tidak pergi dalam Perhimpunan PBB ini sedangkan  negara-negara lain menghantar ketua kerajaan masing-masing yang terdiri daripada Raja, Presiden dan Perdana Menterinya?

Mesyuarat PBB kali ini juga adalah yang terakhir dihadiri oleh Barack Obama berikutan penggalnya akan berakhir hujung tahun ini.

Apa yang disibukkannya di Malaysia sehingga diwakilkan kepada Zahid Hamidi menghadiri perhimpunan pemimpin politik terbesar dunia itu?

Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat? 

9 comments:

  1. Bukan ke FLOM dpt anugerah daripada UNGA? Tak nak gi amik ker?

    ReplyDelete
  2. atau kad kredit tak boleh guna di gedung beli belah, kurangkan keseronokan di us. tambah pulak rumah mewah milik anak telah disita, tak syok pulak dok kat hotel mewah kalu tak boleh bayar guna kad kredit atau lebih budget untuk kerajaan bayar. agak la.

    ReplyDelete
  3. DATO ZAHID SEDANG DILATIH UNTOK AMBIL ALIH JAWATAN PM SUATU MASO NANTI.TAKKAN NAK SUROH MAT BUDIN GANTI NAJIB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERMIMPI KO ?
      UMNO DAH NK TENGGOLAM.
      POGI KE US PUN TAKUIK.
      TAKYAH BAGI ALASAN BODOH.

      Delete
  4. MO1 takut sampai ja terus kena tangkap. Waran boleh keluar anytime masa MO1 ada di bwh bidangkuasa territory DOJ USA.

    Tu pun kira baik sikit banding dgn apa yang akan berlaku kalau MO1 pijak bumi Mongolia.

    ReplyDelete
  5. MO1 takut sampai ja terus kena tangkap. Waran boleh keluar anytime masa MO1 ada di bwh bidangkuasa territory DOJ USA.

    Tu pun kira baik sikit banding dgn apa yang akan berlaku kalau MO1 pijak bumi Mongolia.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah terlalu banyak makan dedak haram dapig mcm ni pemikiran. Semua yg pemimpin buat tak kena..suruh sbdin jer lah wakil ke us tu..hahahA

    ReplyDelete
    Replies
    1. YG BERGELUMANG DEDAK TU BUKAN YG DLM UMNO KE ?
      HU HU HU. . .

      Delete
    2. bila dah makan dedak jibon otomatik jadi bodoh cam anon atas ni.smua pemimpin buat jadi betul walaupun menyamun menindas rakyat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com