innity

pages

Saturday, September 17, 2016

Tak perlu hantar pelajar ke luar negara, kata Rafizi


Berbilion ringgit dana yang dibelanjakan kerajaan bagi menghantar pelajar ke luar negara sebaliknya perlu dilaburkan dalam universiti dan institut pengajian awam tempatan, kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau yang juga setiausaha agung PKR berkata, cadangan tersebut memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh institusi pendidikan tempatan buat masa sekarang.
"Saya rasa sistem biasiswa tempatan tidak lagi terpakai. Saya tidak nampak keperluan untuk menghantar pelajar ke luar negara untuk mengikuti kursus yang boleh dipelajari di sini, sebenarnya, lebih baik.
"Kos (untuk menghantar pelajar ke luar negara) adalah terlalu tinggi," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Mahasiswa Nasional PKR di Ampang hari ini.
Kira-kira RM2 bilion hingga RM3 bilion dibelanjakan oleh kerajaan pada setiap tahun untuk menghantar kurang daripada 10,000 pelajar di luar negara, jelasnya.
Bagaimanapun, Rafizi mengakui beliau sendiri mendapat manfaat daripada pendidikan luar negara setelah menamatkan ijazah kejuruteraan elektrik di Universiti of Leeds, United Kingdom.
Namun, Rafizi percaya ada sedikit perbezaan jika beliau menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Tambah Rafizi, lebih baik menghantar pelajar cemerlang ke universiti-universiti awam tempatan kerana mereka yang dihantar ke luar negara tidak boleh menyerlahkan potensi sepenuhnya.
"Apabila mereka dihantar ke universiti biasa (luar negara), keupayaan untuk menyumbang terhad. Mereka mungkin berfikir dua kali untuk bercakap dengan orang putih dengan akhirnya, mereka sekadar berbincang sesama sendiri (rakyat Malaysia).
"Jika mereka ditempatkan di universiti tempatan, mereka boleh membantu dalam memperkaya sistem pendidikan ke arah yang lebih baik, yang lebih tinggi," kata Rafizi. - MK

10 comments:

  1. Betulah ekonomi malaysia gawat
    Keris pahang

    ReplyDelete
  2. apsal boddo sangat si rafizi nieh... makin banggang nampak nyer

    salahnya orang macam rafizi, menghabiskan duit kerajaan bayar belajar luar negara, tapi ilmu tak digunakan.

    sepatutnya rafizi cakap, kalau nak jadi wakil rakyat, nak masok politik, tak payah pie belajar kat luar negara, jadi kerajaan pon tak payah keluar duit, peluang itu boleh diguna pakai oleh orang lain utk menimba ilmu pengetahuan dan guna pakai dan beri tunjuk ajar bila balik nanti atau kerja dulu di luar negara dan bawak balik kepakaran ke tanah air.

    rafizi..lembut lah otak pon dah semakin lembut////

    ReplyDelete
  3. BETUL SENGOTI TU.ORANG MELAYU HANYA PATUT BELAJAR DISEKOLAH PONDOK JAH.BELAJAR NGAJI KITAB KUNING,TUBIK NANTI BULEH BACA HADIS TIGA EMPAT KERAT,NAIK PENTAS POLITIT JADI PENCERAMAH KUTOK KERAJAAN BN ZALIM.

    ReplyDelete
  4. Sendiripun belajar oversea pakai duit kerajaan, pandai pulak bising jangan hantar pelajar ke oversea. Ni jenis ahli politik yg rajin cari populariti, bukan bagaimana nak bantu rakyat. Ada sahaja idea bagaimana nak cetus polimik. Lepas ni akan gaduh la oversea lebih baik atau dalam negara lebih baik. Si fizi akan ketawa kerana jeratnya mengena. Dia tergolek-golek anjing ketawa melihat orang lain bergaduh. Teruk si fizi ni.

    ReplyDelete
  5. betul lar dia komen tu..ikut keadaan semasa..pada masa PTPTN pun bg pinjaman bersyarat...MARA langsung takder bagi pinjaman..dengan RM yang jatuh..mmg patut kena beku jap penghantaran pelajar ke luar negara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tiba je fizi mcm keje dgn ajib je ni...

      Delete
  6. Tahu pun kerajaan keluarkan berbillion ringgit untok pelajaran anak bangsa.Sejak dari saat2 MERDEKA lagi UMNO sudah chukup berjuang untok menjadikan anak bangsa nya berilmu,supaya mereka2 ini nanti dapat mengalas kemajuan negara bangsa dan negara.Termasok juga awak Rafizi yang dapat di hantar keluar negara,tapai apa telah awak dan PKR buat.Dengan tak habis2 menghasut pelajar dalam dan luar negeri supaya benchikan kerajaan,sampaikan ada yang telah rosak minda kerana dakyah2 iblis yang Rafizi dan PKR ajarkan.
    Sudah lah tak ada yang baik Rafizi balikan kepada negara tapai Rafizi juaga berkomplot dengan anasir2 jahat dari luar dan dalam negeri untok meruntohkan kerajaan yang sedia ada BN.
    Itu lah Rafizi kalau jadi manusia setiap hari kita perlu menigikan IMAN bukan hari2 untok mengasut orang,dari video yang ada telah bertahun2 dan 2 tahun lagi Rafizi akan terus mengasut raayat,teruskan kami sentiasa di misjid2 dalam dan di luar negeri setiap saat berdo'a semuga ALLAH melindongi negara ini yang berpegang ISLAM dan raayat di dahulukan.

    ReplyDelete
  7. Ada logik juga apa dia ckp.siswazah luar negara bila blk memang fasih bahasa inggeris tp quality sama je dgn lulusan uni Malaysia..pendapat aku lah.

    ReplyDelete
  8. Idea yang baik lagi bernas. Tak perlulah salahkan Rafizi 100%.
    Sepatutnya kita sebagai rakyat kena menyokong untuk menpertingkatkan
    lagi kualiti IPTA dan IPTS dalam negara. Lagipun buat masa ini,
    pihak kerajaan pun sukar menaja dan memberi biasiswa pada mahasiswa.
    Adalah sesuatu risiko yang besar sekiranya mahasiswa meneruskan pengajian di luar negara tanpa mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan.
    .

    ReplyDelete
  9. bangang punya Sotong...!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com