innity

pages

Thursday, September 8, 2016

Status perkahwinan Dr Hatta: Sah gugur talak tiga - Mahkamah Syariah


KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad. 

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai. 

"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi. 

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.

"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

-Berita Harian online

8 comments:

  1. saper tak sayang bini oiiiiiiii......
    pandai tul orang lama buat andaian "Kerana Mulut Badan Binasa"
    nganga la hang ...

    ReplyDelete
  2. Ikut paham aku, jika mahkamah setempat di mana lafaz berkenaan dilakukan kata jatuh mk sah jatuhnya. Tp kalau ikut kaedah tafsir sendiri sendiri, masing masing ikut fatwa sendiri sendiri.
    Akibatnya, segalanya kerana politik.

    ReplyDelete
  3. Majlis fatwa kebangsaan patut membuat keputusan berkenaan hal ini. Lafaz taklid yang mana sahih.

    ReplyDelete
  4. Ketentuan Allah, redha atau tidak kena lah redha. Ada hikmat disebaliknya kpd yg empunya diri dan orang lain. Jgn dikesalkan dgn apa yg telah berlaku, syukur atas rahmat dan nikmat Allah dan harap akan nikmat dan rahmatnya.

    ReplyDelete
  5. Apala yg teruk sgt ularmak PAS ni..tak pepasal bini terlibat dlm politik..cuba pikir kesan kat anak cucu kawan tu..dh la talak 3,kena cina buta br dapat kawin balik..ni yang jadi bila agama + politik.. ularmak politik senang2 menggunakan agama untuk kepentingan politik..sebab itu golongan ni dikenali dgn gelaran ULARMAK,bukan ulama.

    ReplyDelete
  6. Kenapa bika dah jadi gini baru nak fikir patut atau tak? Masa nak jd calon semuanya sapu boleh. Hukum tetap hukum. Lain kali pikiaq dulu pasai anak bini. Jgm main main soal janji dan sumpah dlm Islam dan guna nama Allah.

    ReplyDelete
  7. jangan main main dengan lafaz taklik
    dibuat dalam keadaan kamu sedar .. sedar pada resiko bila melanggarnya
    kamu bukan tak bersekolah .. buta huruf .. OKU tapi SEORANG DOKTOR .. kamu bijak. berpendidikan tinggi takan itu pun kamu tak faham

    ReplyDelete
  8. IKUT MUNG LA NOK MAPUH LEBIH KO NOK MAPUH KERAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com