innity

pages

Tuesday, September 6, 2016

Sinar Harian: 'Tun M- Anwar buat PM TAK TIDUR LENA'


Hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin baik bakal membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak dapat tidur malam.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mendakwa, ia juga bakal menambahkan sokongan rakyat terhadap pembangkang.

"Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma Amanah hari ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata, rakyat negara ini tidak menafikan ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.

Khalid berkata, Amanah menyambut baik perkembangan ini malah menerusi Program Deklarasi Rakyat yang pertama sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa penglibatan Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pihak.

"Saya sendiri pernah memaklumkan kepada Tun Mahathir agar bekas Perdana Menteri itu memikirkan langkah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan," katanya.

Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah semalam bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.

Dalam pada itu, menjawab kepada soalan wartawan, Khalid memaklumkan bahawa sekiranya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mewujudkan kerjasama dalam PRU akan datang, ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka berhubung pembahagian kerusi selepas ini. - SH

6 comments:

  1. Selamat malaysia rakyat matang
    KERIS

    ReplyDelete
  2. Keputusan separuh masa pertama..
    TDM 1- najib 0.
    Ulasan perlawanan..
    Najib and the gang terkisma,tergaman dan terduduk.semua tidak menjangka kehebatan,kelicikan TDM mengatur stategi pemainan.. sehingga mengambil masa untuk menghadam pekara yang berlaku sebelum the geng mengeluarkan statement tahap budak sekolah jawab soalan UPSR..
    Apa yang akan berlaku untuk separuh masa yang kedua?..
    Let wait and see.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let wait and see sambil makan karipap.

      Opps, jangan2 separuh masa kedua ada la ayat ni keluar "Xan I Fuck U Today"....

      Orang bijak takkan terjatuh dalam lubang sama dua kali...

      Delete
    2. second half....bn 192 kerusi pembangkang 30 kerusi itu pun dap punya.

      Delete
    3. Hahaha. . .
      BERMIMPI DI SIANG HARI BN ?

      Delete
  3. Tak ramai dah org nAk caya TDM dan AI selamat tinggal..berangan sajalah mereka .. umur pun dah tua..tenaga pun dah berkurangan..pemikiran balik mcm bebudak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com