innity

pages

Saturday, September 3, 2016

Shahbuddin Husin: NAJIB, PM PALING LEKEH.....


Sesiapa pun yang menjadi pemimpin, apabila ada dakwaan secara langsung ditujukan kepada mereka, biasanya pemimpin berkenaanlah yang akan tampil memberi penjelasan berkaitan apa yang didakwa itu.

Ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, semua dakwaan terhadap dirinya sentiasa dijawab olehnya dengan logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan.

Sama ada ketika berkrisis dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim atau semasa menyerang Najib Razak, semua isu berkaitan dirinya yang dipersoalkan akan dijawab sendiri oleh Tun Mahathir. 

Hanya setelah itu, barulah pemimpin-pemimpin lain menyebarkan jawapannya itu atau memberikan jawapan tambahan bagi mengukuhkannya lagi.

Kekuatan Tun Mahathir, selain logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan, bahasa yang digunakannya juga ringkas dan senang difahami.

Tidak pernah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau mewakilkan kepada pegawai khas, setiausaha akhbar atau mana-mana pegawainya untuk menjawab sebarang dakwaan yang dikaitkan langsung terhadap dirinya.

Tun Mahathir sentiasa ada keberanian untuk menjawab apa-apa persoalan yang ditujukan kepafa dirinya. Beliau tidak lari, tidak berselindung dan tidak juga menyembunyikan dirinya.

Malah, di sebalik Tun Abdullah Badawi yang dikatakan lemah dan selalu tidur, ketika era kepimpinannya sedang dipertikai dahulu, beliau juga punya keberanian untuk tampil menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan khusus tentang dirinya.

Tiada ruang untuk setiausaha akhbar, pegawai khas dan  lain-lain pegawai-pegawai Tun Mahathir atau Tun Abdullah untuk tampil menjawab bagi pihak diri mereka.

Sebenarnya, itulah tanggungjawab moral yang paling asas bagi seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan Perdana Menteri. Di situlah terserlahnya wibawa, ketokohan serta keyakinan rakyat. Ia juga menjadikan rakyat merasakan benar-benar mempunyai Perdana Menteri.

Tetapi, di era kepimpinan Najib yang kononnya hebat dan penuh gaya ini, tanggungjawab moral itu sudah tiada lagi. Banyak persoalan yang ditujukan khusus kepada Najib, hanya dijawab dengan diam dan bisu tanpa kata-kata oleh yang empunya tubuh, sebaliknya sang setiausaha akhbar pula yang kerap tampil menjawab bagi pihak dirinya.

Perkara itu pula sudah banyak kali berlaku yang seolah-olah memperlihatkan Najib tidak ada berani untuk mempertontonkan air muka penuh tulus serta sinar keyakinan wajahnya kepada umum. 

Yang memualkan lagi, tidak  saja menjawab, sang setiausaha akhbar itu juga turut melontarkan bidasan atau serangan peribadi kepada mereka yang menyerang "bossnya"  itu seolah-olah beliau juga ahli politik yang sudah beberapa penggal menang pilihanraya.

Jika setiausaha akhbar itu tampil menjelaskan mengenai perkara yang melibatkan kerajaan atau hal-hal umum berkaitan Najib, mungkin ia boleh diterima, tetapi tentulah tidak masuk akal apabila beliau juga yang ke depan memberi jawapan apabila Muhyiddin Yassin menuduh Perdana Menteri mempunyai wang RM1,000 juta sebelum masuknya RM2,600 juta sebelum itu.

Begitu juga apabila Jabatan Kehakiman AS mendakwa wang yang masuk ke akaun peribadi adalah berpunca daripada 1MDB dan bukan derma sesiapa, yang tahu hakikat sebenarnya perkara itu ialah Najib. Oleh itu, Najib tidak seharusnya diam atau setiausaha akhbarnya membangkitkan cerita lama kononnya tiada perlanggaran undang-undang telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

Apa yang seorang setiausaha akhbar tahu mengenai kebenaran wang yang ada dalam akaun bank peribadi Najib?

Beliau hanya makan gaji dengan Perdana Menteri dan sudah tentu akan melakukan kerja berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Najib saja. Lebih daripada itu, beliau tidak tahu apa-apa. Jauh sekali untuk berani bertanya mengenai wang yang dimiliki Najib.

Dengan sudah beberapa kali Najib seolah-olah mewakilkan kepada setiausaha akhbarnya memberikan jawapan, ia bukan saja menyerlahkan lagi lekehnya Najib sebagai Perdana Menteri, bahkan kadang-kadang membuatkan beliau tidak dirasakan benar-benar dekat dengan rakyat.

Apatah lagi dengan adanya pelbagi saluran media baru sekarang, penampilan dan keberanian memberikan jawapan itu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana saja. Yang perlu hanya cuma keberanian.

Najib sebaliknya hanya suka tampil membanggakan dirinya dengan angka-angka yang tidak dirasai nikmatnya oleh rakyat jelata. Angka-angka yang selalu diumumkannya hanyalah untuk keseronokan dirinya semata-mata. Sebagai Perdana Menteri, bukan menunjukkan angka itu yang penting, sebaliknya yang jauh lebih mustahak ialah keberanian memunculkan diri dalam susah dan senang, bahagia dan derita, luka dan ketawa serta tidak lari daripada segala bencana yang tiba.

Disebabkan lekehnya Najib itulah kita sebenarnya semakin memerlukan seorang Perdana Menteri yang baru menerajui kita. (Shahbuddin Husin 03/09/2016).

19 comments:

  1. Dulu medey jawab tapo bila suruh ke mahkamah dia nyorok dlm montot gani patil... dulu medey jawab sekarang suma dia nafi buat itu ini.... dasar keling mme mcm tu... jumpa mamak jumpa ular.. lu fikir la sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAHASANYA PUN KESAT.
      MACAIS DGN BALACIS PUN BUKAK MULUT BAU LONGKANG.

      Delete
    2. APA2 SAJA YG KELUAR DARI MULOT PRO LANUN BUGIS SEMUA TAIK TAKDE LAIN MELAINKAN TAIK!!!

      LANUN BUGIS BUAT TAIK KADI MAKAN SOCAI2 NYA TAIK JADI APA YANG KELUAR DARI MULOT SOCAI2 NYA TAIK!!!

      Delete
    3. At Anon10:19 PM..

      Namak juga pengundi...

      Statement ko menghina mamaj sapwrti ular memburokkan lagi sokongan UMNO!!!

      Memang ko dasar bodoh!!!

      Memang bodoh UMNO beri dedak pada orang macam ni!!

      Delete
  2. En anon 10.19

    Takat tu je ke yg boleh dijawab utk pertahankan bos kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bossnya lekeh macai dgn balaci setakad tu jer ar beribu ribu kali lebih lekih.

      Delete
  3. Balaci umno karut meroyan dohhhjhh
    KERIS

    ReplyDelete
  4. Sorry lah .. stupid try... madey kutty penipu tegar... DSN tak perlu buang masa layan fitnah...dia jawab tapi bukan cara madey yg angkuh dan ego sebab diktator... saya rakyat dan saya membaca dari semua sumber... nak buat percepsi tu biar lah berpada ... go fly kite !!

    ps: saya tak ambil dedak dan DSN bukan boss saya tapi PM Malaysia #respectmyPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....

      Statement tak bijak dati ornag yg tak bijak saperti Anon 3:09 am!!!!

      Banyak belajar buat penafian dari Lanun Bugis!!

      Delete
    2. "saya tak ambil dedak dan DSN bukan boss saya tapi PM Malaysia #respectmyPM"

      Ambil lah contoh dan tauladan DS Najib...

      Saya tak samun, curi dan songlap duit rakyat...pak arab derma.

      Kah kah kah kah

      Delete
  5. Logik lagi ada bukti
    Tapi
    Seluruh penguatkuasa tampuk undang undang negara dah di cucuk hidung dan disuap kenyang

    KERIS

    rakyat membisu

    ReplyDelete
  6. bila masa mahathir jawab semua persoalan sendiri????????....... dia punya yangmemanjang jawab masa kes memiliki.... siapa yang kena jawab pasal loss kalangan.... siapa yang kena jawab kes perdana.... siapa yang kena jawab kes PKFZ........ sudah lah.... mahathir bukan keramat pun......bezanya Sekarang Najib dah jawab pun .... korang buat tak paham.... sebab skrg dah ada blog bagai untuk ulang cerita Dan buat situasi kononnya Najib tak menjawab soalan...... piiiiiirah.... oiiiii.... politik celaka semua ni korang main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8.30
      Jgn marah2.....najib ada kuasa.....najib bole menang pru nanti......kena bagi jugak untuk org lain bercakap....jgn takut....kak ros kan ada...

      Delete
    2. 8.30 am
      Sultan brunai dh buat statement yg tanpa Tun malaysia is nothing.....Lu tak baca kerrr????hehehe

      Delete
    3. Dia cuma baca statement yg berpehak pak pada pemberi dedak dia jer yg tak lain tak bukan si Lanun Nugis tu!!

      Delete
    4. Penjelasan yang mana eh??

      yg Duit sekejap ada pat Cayman lepas tu dinafikan pihak Cayman.

      Beralih pula wan ada di Singapura lepas tu di nafikan oleh pihak singapura.. Tiba2 harta Jho Lo bernilai SGD120 Million di rampas kerana belian dari menipu wang MDB.. Bank BSI di Singapura di arah tutop oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat penipuan ang 1MDB.

      Atau yg Najib tak tau mengira bak kata DS Mukhris Wang masok Account, Belanja PRU13 dan pulangan pada kerabat raja Arab yang tak tally tu ka???

      Kahkahkah....

      Delete
    5. Kedian Anon 8:30 am...

      Mengakkan benang bassh ka mengakkan Kotek Lanun Bugis Basah!!!

      Kahkahkah.....

      Delete
    6. Banyak membaca kan ? Cer jawab soalan tahap darjah 1 jum...siapa MO1?

      Delete


  7. Wahh, meriah la pagi nih.

    Ramai cybertrooper pemakan dedak Jibon and kak semah.

    Baguihh la tuh.

    The more the merrier.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com