innity

pages

Monday, September 5, 2016

Sejak bila kerusi ini jadi milik bapak MCA, kata Ridhuan Tee


Baru-baru ini, parti anti-Islam – MCA – meminta semula tiga kerusi Parlimen yang dipinjamkan kepada UMNO iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Presiden parti yang menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) itu, Liow Tiong Lai berkata, MCA yakin UMNO akan membantu calon partinya untuk memenangi sokongan pengundi Melayu bagi ketiga-tiga kerusi itu.
Sehari kemudian, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menyindir kenyataan Tiong Lai dengan menasihatkan parti itu tidak hanya meminta kerusi, tetapi tidak boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Hari ini, pendakwah bebas yang juga penganalisis politik, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah pula menyindir dan mempersoalkan tindakan MCA meminta dikembalikan tiga kerusi itu.
“Lihat pula, MCA, belum apa-apa lagi sudah memuktamadkan calonnya bagi PRU14. MCA mendesak UMNO memulangkan semula tiga kerusi Parlimen milik mereka yang ‘dipinjamkan’ kepada UMNO iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju. Sejak bila pula kerusi ini menjadi milik bapak MCA?
“Apakah MCA mampu untuk merampas kerusi Kuantan (60% Melayu) daripada PKR. Calon MCA kalah dalam PRU12. Pemimpin MCA berkata, majoriti yang mereka menangi lebih tinggi daripada UMNO. Ketawa beruk saya. Masalahnya MCA tidak mengundi UMNO ketika UMNO bertanding.
“Sebaliknya, undi UMNO solid kepada MCA. Siapa tipu siapa? Masih tidak kenal MCA? Perkara yang sama berlaku di Gelang Patah.
“Apakah MCA tidak sedar bahawa kerusi mereka yang di kawasan majoriti Melayu selama ini semuanya dipinjamkan? Kerusi tetap MCA, termasuk Gerakan dan MIC adalah di kawasan majoriti Cina.
“Bila masa pula kerusi majoriti Melayu mahu dikembalikan. Misalnya, Ayer Hitam, Alor Setar, Kapar, Alor Gajah, Simpang Renggam, Lumut, Tanjung Malim, Tebrau dan lain-lain lagi.
“Saya tidak boleh terfikir bagaimana Parlimen Grik yang dihuni lebih 70 peratus Melayu boleh diberikan kepada Gerakan PRU12, dikembalikan kepada UMNO (PRU13). Apakah layak Gerakan meminta UMNO kembali kerusinya pada PRU14 nanti?,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.
Ustaz Ridhuan berkata, MCA boleh mengambil semua kerusi di kawasan majoriti Cina, tetapi jangan menganggu kawasan majoriti Melayu.
“Setakat ini hanya Melayu sahaja terima MCA, Cina sudah lama tolak. Jangan perasan kuat. Saya menulis sebegini seolah-olah saya talibarut atau dibayar UMNO. Tidak. Tetapi sebagai rakyat marhaen dan penganalisis politik, saya mesti berkata benar, walau pahit.
“Jika MCA sudah bersedia, lawanlah ultrakiasu di Bagan, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Seputeh, Kepong, Bukit Bintang, Cheras dan kawasan bandar. Biarlah UMNO bergasak dengan PAS kawasan majoriti Melayu,” katanya.
Beliau berkata, MCA, MIC dan Gerakan tidak perlu bimbang kerana jika mereka kalah pun, jawatan senator, menteri dan timbalan menteri akan diberi kepada mereka.
“Formula lapuk menjadi sesuatu kawasan bapak dia yang empunya perlu difikirkan semula, jika UMNO mahu menang PRU14. Biar MCA melalak. Perangai MCA sama seperti DAP, ultra kiasu. Saya cabar Cina DAP bertanding kawasan majoriti Melayu,” katanya.
Ustaz Ridhuan berkata, MCA, MIC, Gerakan, termasuk PAN, tahu bahawa mereka tidak kuat, tetapi hanya pandai dari segi psywar dan psyop, seolah-olah mereka kuat.
“Laman web ultra kiasu membesar-besar ucapan PM Singapura mengenai jaminan kepada etnik minoriti bahawa jawatan Presiden Singapura akan diberikan kepada mereka. Kenapa tidak PM?
“Ada apa dengan jawatan Presiden berbanding Perdana Menteri? Singapura sepatutnya menyelesaikan masalah minoriti Melayu di buminya sendiri. Beri kepercayaan minoriti menjadi PM, Panglima tentera, Ketua Imigresen dan Ketua Polis. Selagi sikap sangsi dan sangka buruk ini wujud, selagi itulah masalah kaum tidak dapat diselesaikan. Ingat! Singapura tidak dapat dipisahkan daripada sejarah kenegaraan Melayu,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, keadaan di Malaysia adalah lebih baik apabila etnik minoriti diberi jawatan tinggi, termasuk dilantik menjadi menteri, duta, ketua setiausaha, ketua polis negeri dan sebagainya. - SH

1 comment:

  1. Alhamdulillah terima kasih ustaz kerana menulis yg benar dan hak. Tak ramai orang islam yg berani tulis mcm ustaz. Saya sokong tulisan ini dan ustaz..saya mendoakan ustaz dirahmati Allah dlm selamat sejahtera.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com