innity

pages

Friday, September 16, 2016

[BARU 2 HARI, SUDAH hampir 200 RIBU AHLI mendaftar] Sambutan 'meletup', BERSATU Ulang Cetak borang keahlian


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulang cetak borang keahlian berikutan sambutan keahlian parti luar biasa yang diterima pihaknya.

Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin berkata, pihaknya tidak menang tangan mengurus kemasukan ahli baharu ke dalam parti, selain turut mengulang cetak borang keahlian berkali-kali untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Kata Anina lagi, sejak penyertaan ahli dibuka kepada umum, parti itu menerima kemasukan ahli mencecah 200, 000 setakat ini.

“Tak cukup borang, kami perlu sentiasa ulang cetak. 

Sambutan keahlian Bersatu memang meletup!

"Kami tak menang tangan mengurus kemasukan ahli, ditambah pula dengan pendaftaran yang kami terima secara atas talian,” jawab Anina ketika dihubungi Sinar Online.

Bersatu membuka penyertaan kepada semua warganegara Malaysia melalui dua jenis keahlian iaitu ahli biasa dan ahli bersekutu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi ahli biasa, ia terbuka kepada semua warganegara yang berstatus Pribumi iaitu Melayu dan Bumiputera termasuk Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Sementara warganegara Malaysia yang lain boleh menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com