innity

pages

Friday, September 16, 2016

Presiden PPBM, TS Myhyiddin: Pemergian Tuan Guru Haron Din, KEHILANGAN BESAR bagi Umat ISLAM, warga Malaysia dan Dunia


KENYATAAN RESMI
PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO' DR HARON DIN ALHAFIZ MURSYIDUL AM PAS.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

1. Bagi pihak Pengerusi dan Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr Haron Din Al Hafiz, Mursyidul Am Pas yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.

2. Dalam kesedihan ini, saya pasti bahawa pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar buat barisan kepimpinan tetinggi PAS dan ahli-ahlinya.

3. Sesungguh pemergian Allahyarham di pagi Jumaat bersempena dengan Hari Malaysia merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh umat Islam dan bukan Islam bukan sahaja di Malaysia malahan di serata dunia.

4. Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang yang begitu sinonim dengan kelembutan, kejujuran dan keikhlasan yang begitu tinggi.

5. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, Allahyarham menjadi seperti gedung ilmu yang bergerak kerana ceramah-ceramahnya dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan rujukan agama yang mendalam.

6. Penglibatan Allahyarham dalam politik tanah air telah membawa satu dimensi baru dalam diskusi serta perdebatan isu-isu yang melibatkan kepentingan ummah.

7. Pepatah Malayu ada mengatakan 'patah tumbuh hilang berganti'. Namun Allahyarham merupakan seorang tokoh yang sukar dicari ganti.

8. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah dan menempatkannya bersama sama mereka yang dikasihi dan dilindungiNya.

Alfatihah

TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com