innity

pages

Saturday, September 17, 2016

[PERSEMPADANAN PAGOH] 'SPR didakwa bantu Umno bunuh kerjaya politik Muhyiddin'


Umno mengharap proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menamatkan kerjaya politik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwa pemimpin Pakatan Harapan Johor.
Mereka yang terdiri daripada Liew Chin Tong (DAP), Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR) dan Aminolhuda Hassan (AMANAH) mendakwa demikian berdasarkan penurunan 22.24 peratus pengundi di kerusi Parlimen Pagoh.
Daripada 46,793 pengundi pada tahun 2013, Pagoh kini hanya melibatkan 36,387 pemilih sahaja, tegasnya.
"Proses persempadanan semula Pagoh jelas bermotifkan politik. Difahamkan Pagoh mempunyai kira-kira 20,000 ahli Umno.
"Dengan mengurangkan jumlah pengundi di kawasan pilihan raya itu, Umno berharap kerjaya politik Muhyiddin akan berakhir," kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.
Mereka menekankan bagaimana Pagoh sebagai sebuah kerusi parlimen mempunyai kurang pengundi berbanding 14 kerusi dewan undangan negeri Johor seperti Johor Jaya yang mempunyai 59,041 pengundi dan Perling dengan 55,810 pemilih.
Sementara itu, kata mereka, kerusi Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah pula menjadi kerusi parlimen terbesar di negeri itu dengan 112,081 pengundi.
Ketiga-tiga mereka berkata, proses itu secara jelas bertujuan menjamin BN terus berkuasa dan menggesa rakyat Johor untuk membantah cadangan itu. - MK

6 comments:

  1. Bijak Bestari orgnya

    ReplyDelete
  2. Spr pun makan dedak
    Rasuah
    KERIS

    Pahang

    ReplyDelete
  3. Bila peti saluran mengundi diambil kira sebagai penentu kejayaan.

    ReplyDelete
  4. BIASA LA TU DALAM POLITIK.BUNOH MEMBUNOH KARIER POLITIK ADALAH NORMAL.KALU PUAK2 TU SIANG MALAM DOK MERATIB JAJA PITNAH TOK NAJIB BEGITU BEGINI TAK APA PULOK YER.

    ReplyDelete
  5. Kalau hang bagus, hang betul dan mampu dapat tandatangan 1.4juta orang dalam masa 2 bulan.. apa yang nak ditakutkan... SPR hanya pecah sempadan bukanya dia rosakkan kertas undi yang memangkah hang.

    ReplyDelete
  6. Bijak hang kata, bijak ada makna tu... habis negeri Johor masa dia MB... tu sebab kena tarik ke federal..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com