innity

pages

Friday, September 30, 2016

(PENJUAL AIR LIUR) Selain UM, dua lagi universiti nafi anugerah PhD kepada Azizan


Bila penceramah motivasi terkenal
Azizan Osman menerima ijazah kehormat Universiti Malaya (UM) dan siapa yang menyerahkan padanya?
Soalan itu dibangkitkan oleh bekas naib canselor UM Tan Sri Ghauth Jasmon, susulan kontroversi ijazah kehormat doktor keusahawanan yang dikatakan diberi kepada Azizan.
“Saya ingin penjelasan dari Azizan Osman bilakah tarikh beliau naik ke pentas terima ijazah kehormat ini?
“Siapakah tuanku canselor UM yang menyampaikan skrol pada Azizan dalam upacara konvokesyen itu?
“Dengan kedua-dua maklumat ini kita boleh semak dengan mudah,” tulis naib canselor kesepuluh UM itu di Facebook.
Bagi menjawab kekeliruan, UM semalam menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat itu kepada Azizan.
Selain UM, Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga menafikan nama Azizan Osman tersenarai dalam penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.
Portal Berita Harian Online, memetik jurucakap universiti itu berkata, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.
"Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM," katanya.
IUKL pula dalam satu kenyataan media mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.
"Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman.
"Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut," kata kenyataan itu hari ini.
Syarikat Azizan, Richworks International Sdn Bhd, dalam kenyataan balasnya beberapa jam selepas itu menuntut penjelasan lanjut dan berkata mengambil serius berkaitan penafian itu.
Ia bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan secara langsung kenyataan itu.

Semakan Malaysiakini setakat petang semalam mendapati laman web Richworks memperkenalkan Azizan diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.

Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.
Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

9 comments:

  1. Selamat kepada Azizan yang mendapat gelar PhD, salam dari saya blogger di Indonesia

    ReplyDelete
  2. Tau AO salah tapi kesian juga. Boleh bungkus semua bisnes beliau lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Kenapa orang ini tak di dakwa di mahkanah?
    Banyak dah tipu orang denfan air liur?

    Badan berkuasa amik tindakan la
    Keris pahang

    ReplyDelete
  4. Kenapa orang ini tak di dakwa di mahkanah?
    Banyak dah tipu orang denfan air liur?

    Badan berkuasa amik tindakan la
    Keris pahang

    ReplyDelete
  5. SETAKAT GELARAN PHD APA ADA KESAH,BANYAK LAGI GELARAN YANG ORANG DOK PAKAI SEPERTI MAHARAJA KINTA,SULTAN MELAKA,KETUA KERAJAAN LANGIT BAJKAN YANG JADI TUHAN DAN RASUL PUN ADO.TAKSAH DOK GEGER LA

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya UM beri amaran secara peribadi.

    ReplyDelete
  7. Sudah sudah la Azizan oii..hentikan lah mencari duit, kejayaan dan glamour dgn cara menipu org. Kalau hang tak bohong semua certificate2 tu, tak da sapa pun dok kacau hang.. Tak da beban batu digalas...duduk baik baik p cari masalah buat apa ce' oii...

    ReplyDelete
  8. Pelik juga. Kenapa setelah begitu lama, baru universiti berkenaan terkejut dari lena?

    ReplyDelete
  9. Kasihan!Bangsa ku juga yg ditipu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com