innity

pages

Friday, September 2, 2016

Peguam TEGUR Tingkahlaku Peguam Negara BERJOGET Dikhalayak Ramai, minta Letak Jawatan


Siri : 291

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

TANGGUNGJAWAB DAN TINGKAHLAKU SEORANG PEGUAM NEGARA :

1. PEGUAM NEGARA adalah salah satu kerusi terpenting dalam pentadbiran negara Malaysia sehinggakan cara perlantikan, skop perjawatanan dan cara pemecatan dinyatakan secara khusus di bawah PERKARA 145 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

2. Selain dari menjadi Penasihat Undang-undang Utama kepada Kerajaan, PEGUAM NEGARA adalah juga pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan memelihara sistem keadilan jenayah negara untuk kepentingan awam , sehinggakan cuma PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak termasuk syarikat, individu, mahupun penjawat awam dan MENTERI KERAJAAN yang dipercayai telah melakukan kesalahan jenayah.

3.PEGUAM NEGARA lah yang dipertanggungjawabkan untuk mendakwa orang yang dipercayai bersalah di Mahkamah, dan bertanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang perlu dan menampilkan kesemua keterangan(bukti) yang perlu untuk meyakinkan Mahkamah bagi tujuan perolehan sabitan terhadap kesalahan yang dituduh di Mahkamah terhadap individu terbabit atau pihak terbabit.

4. Justeru, ianya adalah terpenting dalam sistem keadilan asasi (natural justice ), antara lain bahawa "keadilan bukan sahaja dilakukan, namun keadilan hendaklah nampak telah dilakukan" (justice is not only done, justice must be seen to be done). Dalam erti kata lain, tingkahlaku dan perhubungan PEGUAM NEGARA hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan kesemua pihak, yakni orang awam mahupun MENTERI KERAJAAN, kerana seperi yang diperincikan di atas, antara tanggungjawab PEGUAM NEGARA adalah untuk mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai telah melakukan kesalahan.

5. Dalam keadaan masa kini, di mana wujudnya pelbagai kritikan awam, laporan polis, laporan SPRM, dan Laporan pelbagai agensi siasatan dalam negeri dan luar negara berkaitan penyelewengan dana rakyat di dalam syarikat 1MDB serta salahguna kuasa yang wujud terhadap PERDANA MENTERI dan KERAJAAN terbabit, ianya adalah JAUH LEBIH PENTING mana-mana tingkahlaku PEGUAM NEGARA akan menarik perhatian awam, dan semestinya menarik perhatian awam di bawah konsep keadilan asasi (natural justice). Oleh itu, seorang PEGUAM NEGARA hendaklah sentiasa dalam apa hal keadaan sekalipun, menampilkan tingkahlaku yang mengatasi mana-mana kekhuatiran perlanggaran prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut.

6. Justeru, dengan berat hati saya sebagai seorang peguam, yakni seorang Pegawai Mahkamah dan Rakyat Malaysia, mengatakan dengan penuh kekecewaan bahawa tingkahlaku PEGUAM NEGARA yang dipaparkan di dalam video di bawah, tertakluk kepada mana-mana penjelasan munasabah jika wujud daripada pihak berkenaan, menampilkan tingkahlaku yang BOLEH DIPERSOALKAN berhubung kemungkiran konsep dan prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut, di atas 2 perkara pokok ;

a) Kenapakah PEGUAM NEGARA, sebagai PENJAWAT AWAM memakai PAKAIAN SERAGAM dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN yang tampil semasa sambutan Hari Kemerdekaan 31.08.2016, di Dataran Merdeka, sedangkan PEGUAM NEGARA bukanlah MENTERI KABINET KERAJAAN, sehingga, akan menampilkan kecurigaan Rakyat, bagaimanakah PEGUAM NEGARA dapat melaksanakan keputusan berhubung mana-mana pertuduhan jenayah yang disiasat terhadap mana-mana PERDANA MENTERI ataupun MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, jika beliau dari sudut pakaiannya, pun sudah sama sebagai MENTERI KABINET KERAJAAN ? !!!, DAN

b) Tingkahlaku di khalayak ramai dalam BERNYANYI BERSUKA-RIA oleh PEGUAM NEGARA dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, antara lain, sepastinya menampilkan kerisauan sah di minda mana-mana Rakyat prihatin yang munasabah, akan kebolehan PEGUAM NEGARA untuk membuat keputusan adil dan saksama berhubung mana-mana siasatan terhadap PERDANA MENTERI mahupun MANA-MANA MENTERI KABINET KERAJAAN, berhubung kemelut terkini yang kita sama-sama hadapi ? !!!

7. Saya, dengan sejujur dan seikhlas mencabar PEGUAM NEGARA untuk memberi penjelasan yang benar dan munasabah tentang kandungan tingkahlaku beliau dalam video ini, dan jika tidak, PEGUAM NEGARA hendaklah dengan cara terhormat MELETAK JAWATAN pada kadar segera !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

7 comments:

  1. Teringat kes hashim gera kena pecat dari pas kerana berjoget dlm thn 60an.
    Tahmiah melayu sudah maju.

    ReplyDelete
  2. Mabuk dedak .Dia dapat banyak jadi hari tu dia mentedarah lebih sikit jadi overdose la.
    Pasal tu jadi macam tu

    ReplyDelete
  3. Sah igp pun dah disuap
    Tak siasat henayah 1mdb
    Lantakla malaysia memang begini

    KERIS

    ReplyDelete
  4. Untung meniaga beb. Rakyat berjaya ditipu bulat2. Sampai ada yg bertaruh nyawa menyokong. Jogetlah seronok. Apa lagi beb ...rakyat merana bukan dia peduli pun

    ReplyDelete
  5. YaAllah, joget macam tu pun jd isu?? Korang patut tgk anwar joget tamil, lagi haru biru... Sudah2lah menghina dan mencaci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Butuhlah kau ..arab bangang

      Delete
  6. AnonymousSeptember 2, 2016 at 8:55 PM
    AnonymousSeptember 2, 2016 at 9:14 PM
    AnonymousSeptember 2, 2016 at 9:35 PM
    AnonymousSeptember 3, 2016 at 12:57 AM

    Jom kita B.A.B.I (Bapak Anwar Bin Ibrahim) menari di bawah ini

    https://youtu.be/xAHgY1lOTcI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com