innity

pages

Sunday, September 4, 2016

Peguam Persoal Iklan Ucapan Tahniah Ketua Polis kepada penerima anugerah Darjat Kebesaran

Siri : 298
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

APAKAH TINGKAHLAKU SEPATUTNYA PEGAWAI-PEGAWAI PENEGAK KEADILAN DI SISI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ?

(WHAT IS THE APPROPRIATE CONDUCT OF LEGAL ENFORCEMENT OFFICERS UNDER THE RULE OF LAW ?)

1. Awal petang tadi, saya amat terkejut dengar penerimaan gambar-gambar IKLAN UCAPAN TAHNIAH di dalam suratkhabar STAR hari Sabtu, 03.09.2016, yang dipaparkan di bawah, melalui whassap daripada seorang rakan zaman persekolahan.

(1. Earlier this evening, i was very much surprised upon receipt of various snapshots pertaining to CONGRATULATORY ADVERTISEMENT in the STAR of Saturday, 03.09.2016, attached herein below, received through whassap from a friend from schooling days)

2. Perlu ditegaskan di sini bahawa penulisan ini tidak langsung diniatkan untuk mencalar kewibawaan penerima anugerah Darjat Kebesaran yang dinyatakan di situ.

(2. It must be stressed herein that this writing, is not in any way intended to cast any aspersion on the credibility of the recipient of the Honorable Award appearing therein, in what so ever manner.)

3. Isu sebenarnya adalah, apakah SEBAB atau KEPERLUAN akan KETUA POLIS NEGARA, antara penjawat awam dan penguatkuasa tertinggi, untuk menyampaikan ucap tahniah beliau kepada penerima Darjat Kebesaran itu, melalui ruangan iklan di dalam suratkhabar arus perdana, yang pada lumrahnya adalah dikenakan bayaran mengikut saiz iklan ?!

(The concerning issue herein is, what is the PURPOSE or NEED for the INSPECTOR GENERAL of POLICE, among the highest ranking public servant and law enforcer, to render his congratulatory message to the recipient of the Honorable Award, through the advertisement section in a main stream media, which usually is charged based on the size of the advertisement ?!)

4. Menurut prinsip kedaulatan undang-undang dan keadilan asasi, pihak penjawat awam, lebih-lebih lagi penguatkuasa undang-undang, hendaklah pada setiap masa matan, tidak meletakkan dirinya dalam keadaan yang boleh mencetuskan persepsi di minda rakyat munasabah, bahawa kononnya tanggungjawab beliau sebagai penguatkuasa undang-undang, telah ataupun boleh terkompromi !

(4. The rule of law and the principles of natural justice, requires the public servant, more so a law enforcer, to ensure that at all material times, his conduct does not in any way raise any perception within the right thinking members of the society, that his responsibilities as a law enforcer, have in any way been purportedly compromised !)

5. Kita, sebagai Rakyat Malaysia yang prihatin, hendaklah menyeru dan merayu kepada kesemua penjawat awam untuk sentiasa berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang yang telah lama sebati di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi tatkala negara kita ini melalui zaman kemelut dan permasalahan yang meletakkan penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang sentiasa di bawah "kanta besar" untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas, bagi tujuan mengekalkan keyakinan Rakyat pada sistem pentadbiran awam negara tercinta ini !!)

(5. We, as concerned Citizens of Malaysia, must call and plead for all public servants to steadfastly hold onto the rule of law which is long enshrined within our society, especially during these trying times, when our nation is going through a testing and difficult period, which puts the public servants and law enforcers continuously under the "magnifying glass" to carry out their responsibilities ever sincerely and truthfully in order to uphold public confidence in the public administration system of this beloved nation !!)

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!


Oleh:  
Haniff Khatri 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com