innity

pages

Saturday, September 17, 2016

[NAZRI JAHIL TATACARA ISTANA] Nazri kata Tun M menghadap, BUANG MASA Agong

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti cuba memperlecehkan Yang di-Pertuan Agong apabila mempersoalkan pertemuan 4 mata dengan Tun Mahathir.
Beliau sepatutnya sedar bahawa terdapat tatacara permohonan menghadap Yang di-Pertuan Agong, sesiapa sahaja yang berhasrat menghadap perlu mengemukakan tujuan hendak menghadap, biodata diri dan lain-lain. Setelah mendapat kelulusan, baharu seseorang itu dibenarkan menghadap.
Apabila Nazri menyatakan pertemuan itu membuang masa, maka secara tidak langsung beliau telah mempertikaikan kelulusan Yang di-Pertuan Agong memberi kebenaran kepada Tun Mahathir untuk menghadap. Malah, tindakan Nazri dilihat cuba merendahkan keupayaan istana membuat keputusan menerima Tun Mahathir menghadap kerana jika ia tidak penting dan hanya membuang masa sahaja, pastinya pihak istana telah menolak permohonan menghadap.
FMT hari ini melaporkan bahawa Nazri berkata pertemuan 4 mata di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam hanya membuang masa Baginda.
“Jika Dr Mahathir mahu membazirkan seluruh hidup beliau, maka teruskan tetapi jangan bazirkan masa Agong.
“Negara kita mengamalkan pemerintahan mengikut parlimen dan sistem demokrasi. Tindakannya (Dr Mahathir) tidak akan menjejaskan Umno sama sekali,” katanya.

4 comments:

  1. Sudah semestinya pertemuan ini menjejaskan . Mencetuskan. Membongkar. Mengkucar kacirkan umno dan bn secara ke akar umbi
    .maka bermulalah era penentangan rakyat secara keseluruhan rakyat untuk memecat dan guling pok jib.
    Maka dengan ini jugalah umno bn sudah tidak releven dan hilang kuasa. Hilang segalanya
    .maka seluruh umno lumpuh. Hancur. Bersepai bertaburan
    .maka muflislah umno dan bn setelah hilang semua projek
    Hilanglah duit rasuah
    Hilanglah duit songlapnya
    Maka munculah samannya
    Maka munculah tangkapanya
    Maka munculah penjarakanya
    Amin ya allah selamatkan malaysia
    KERIS
    pahang

    ReplyDelete
  2. Awat hang dengki sangat dengan TDM. Aku rasa TDM buat benda betui. Hangpa UMNO mmg x boleh tengok org senang. gelabah bewak apa x tau.

    ReplyDelete
  3. Awat hang dengki sangat dengan TDM. Aku rasa TDM buat benda betui. Hangpa UMNO mmg x boleh tengok org senang. gelabah bewak apa x tau.

    ReplyDelete
  4. itu makna nya lutut sudah goyang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com