innity

pages

Thursday, September 1, 2016

Najib Adalah 'MO1' - Rahman Dahlan...Pemakan Dedak Terus TERSEDAK


'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu mengesahkan perkara itu dalam satu temu bual dengan British Broadcasting Corporation (BBC) baru-baru ini.

"Saya telah menyatakannya secara terbuka. Jelas sekali jika anda membaca dokumen-dokumen, ia adalah perdana menteri," BBC

memetik beliau sebagai berkata, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who is Malaysian Official 1?  Case Closed' yang disiarkan di laman webnya, Khamis.

Bagaimanapun, Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan bahawa Najib tidak dinamakan dalam laporan DOJ itu kerana beliau tidak terlibat dalam siasatan.

"Tetapi saya juga menyatakan bahawa, mengapa DOJ tidak menamakan beliau dengan nama betulnya? Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada penyiasatan ini.

"Ada orang lain yang dinamakan...dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," kata Abdul Rahman.

DOJ memfailkan saman sivil pada Julai tahun ini, untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dari 1MDB yang disalahgunakan.

1MDB adalah cabang pelaburan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009. - mStar


5 comments:

  1. apa la strategik najib, rahman dahlan dan umno ni
    aku yakin sebab dah tak boleh nak tutup lagi tu dia dedahkan, sama macam duit RM2.6b masuk akaun najib dulu, bukan main nafi kata kalau nak merompak pon tak akan masukkan akaun peribadi, tapi akhirnya ngaku juga cuma putar kata utk kegunaan umno

    ni pon sama, aku rasa dia nak alih tanggungjawab kpd pihak CEO dan pekerja2 1MDB, mungkin akan 2-3 orang kan jadi kambing hitam didakwa di mahkamah, lepas tu najib bebas, maka selesailah 1MDB

    ReplyDelete
  2. Rahman Dahlan dah dengki dgn Said Kerak (nasi)sbb Najib layan Kerak nasi lebeh dari dia.Tak tekejut sikit hari lg paling tadah.

    ReplyDelete
  3. Kambing hitam kepala otak kau dah semput. Penuh dengan imaginasi pra matang. Terlalu banyak nonton cerita Doreamon abang pokemon.

    ReplyDelete
  4. Walaupun didedah sekali pun, orang yg belum terbuka hati dgn kebaikan akan pertahankan kejahatan si PM.
    Carilah PM lain. Insaflah wahai penyokonh NAJIB.

    ReplyDelete
  5. Kalau doj saman mo1 tak jadi apa..kenapa doj takut nak bubuh nama?..klu hebat sangat us dan sekutu bubuh jer lah nama orang yg disyaki..ramai pemakan dedak us mcm anjing dapig dan sewaktu dgnnya menyalak bukit...haha haru biru pemakan dedak us...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com