innity

pages

Thursday, September 8, 2016

(MCA 'BASUH' UMNO) Politik Perkauman, Agama Sudah Tidak Berkesan, Kata MCA Kepada Umno


Umno perlu beralih daripada taktik menakut-nakutkan kaum untuk mengelak daripada berlakunya kerenggangan pengundi tradisional Barisan Nasional (BN), kata MCA.

"Sudah tiba masanya untuk Umno menyemak dan menukar pelan permainan politiknya," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker .

Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau menggesa Umno untuk menghentikan 'strategi lamanya' dan berkata ia tidak lagi berkesan dalam menyatukan satu undi Melayu yang kini sudah berpecah-belah, dan dibahagikan kepada beberapa parti termasuk PAS, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu.

Lian Ker berkata taktik menakut-nakutkan kaum boleh 'merenggangkan semua atau sebahagian besar pengundi tradisional kita di kalangan orang Cina, India, Kristian dan lain-lain'.

Beliau berkata zaman ketika Umno boleh memilih golongan minoriti untuk memaparkan kekuatannya dan sebagai satu seruan untuk orang Melayu atau umat Islam bersatu telah lama berlalu dan tidak lagi berkesan.

Katanya orang Melayu kini tidak lagi akan 'termakan' dengan seruan itu dan telah melangkah keluar dari penghadang kaum atau agama untuk memerangkap mereka.

Lian Ker berkata jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berbaik semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini untuk satu perubahan, mengapa tidak Umno. - mStar

7 comments:

  1. Ini lah kelemahan dunia umno masa kini..

    Apabila pemimpin nya sudah tidak dihormati lg oleh ahli parti sndiri.. maka, akan mengundang persepsi negatif ke atas parti bersekutu yg lain..

    Kesannya seperti inilah.. dimana MCA yg sewaktu pemerintahan TUN tdk berani menegur corak kepimpimpinan umno secara tbuka apatah lg menyentuh soal keagamaan.. kini, MCA boleh bcakap secara tbuka tanpa bsembunyi..

    Sebab itu kita perlu pertahankan parti.. bukan individu..!!

    Tapi umno x nak bljar dari kesilapan pak lah.. btambah buruk pula pd pemerintahan sedia ada ini..!!

    Sebelum ni.. aku asyik merungut ttg umno.. kesilapan umno.. dan sikap x nak mendengar dan berubahnya umno.. tp setiap kali pru tetap jg undi umno.. sebab tiada pilihan..!!

    Kini dgn tertubuh nya parti BERSATU.. aku dh ada pilihan..!!!

    Bye2 umno..

    # BERSATU.. tgu.. aku dtg.. 😉😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMARAN MCA KPD UMNO ITU BETUL. MCA DAN DAP TAKDA BEZANYA. BENDERA SAJA LAIN. PERJUANGANNYA DAN ONJEKYIFNYA SAMA.

      Delete
    2. Setuju.
      Bersatu tunggu aku datang.

      Delete
  2. MCA yg tak disokong cina nak tegur UMNO yg dah nak tenggelam. Parti dia pun lebih teruk rasisnya nak nasihat UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila parti yg lebih lemah dah mula menegur parti yg dikatakan lebih kuat..

      Maka, ini jelas menunjukkan kepimpinan parti yg dikatakan lebih kuat itu sudah tdk dihormati lg..

      Sebab apa yer..?? Sendiri fikir lah..

      Masih x mengerti..??

      Delete
  3. Umno dah hancur
    MCA boleh lari je DAP kuat
    MIC lari ke PKR DAP

    Hilangkan sejarah bencana umno
    KERIS pahang

    ReplyDelete
  4. Yg tegur pun 2x5 sama gak mcm yg dtegur....umpama mgajar ketam bjln lurus....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com