innity

pages

Saturday, September 17, 2016

MB Kelantan, Ahmad Yaakob Bakal Ambil Alih Jawatan Haron Din


Kekosongan jawatan Mursyidul Am PAS berikutan kematian Datuk Dr Haron Din akan diisi Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Ahmad akan mengambil alih jawatan itu buat masa ini kerana beliau merupakan pimpinan No.2 tertinggi dalam hieraki parti tersebut.
"Satu mesyuarat akan diadakan kemudian bagi mengumumkan pelantikan itu secara rasmi," katanya.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Mahfodz turut bersependapat dengan Takiyuddin sambil berkata Ahmad adalah calon sesuai untuk mengambil alih jawatan Haron Din.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memegang jawatan MB selama lima penggal.
Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford di San Francisco, California pada pagi Jumaat selepas koma akibat komplikasi jantung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com