innity

pages

Wednesday, September 7, 2016

Malaysia jadi negara tanpa undang-undang, kata Tun M



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggantung undang-undang di Malaysia.
“Ini termasuk pemansuhan inkues terhadap kematian.
“Malaysia tidak lagi mengamalkan kedaulatan undang-undang. Kita telah menjadi sebuah negara tanpa undang-undang,” katanya menerusi posting terbaru dichedet.cc, hari ini.
Membuktikan perkara itu, beliau menyenaraikan penyalahgunaan undang-undang yang didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya.
Dr Mahathir berkata, mengikut undang-undang, pihak polis mesti menjalankan siasatan terhadap laporan jenayah yang diterima sebelum menyerahkan kepada Peguam Negara.
Sebaliknya kata beliau, pihak yang mengadu dan membuat laporan disoal siasat dan ditahan kerana didakawa melanggar undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), merujuk kes membabitkan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
“Pihak polis juga menyoal siasat peguam pengadu, ditahan dan didakwa di bawah SOSMA, dan dibicarakan di mahkamah. Ini belum pernah berlaku dan bertentangan dengan amalan biasa.
“Apabila RM2.6 bilion ditemui dalam akaun peribadi Najib, siasatan lengkap secara terbuka berhubung sumber wang itu tidak dilakukan oleh pihak polis,” katanya. - ismaweb

5 comments:

  1. terbaik tun..
    jom sokong bersatu
    umno sdh goyang..jd semua panglima umno turun utk mempertahankan..tv3 suku x blh pakai..apa yg tun soal x disiarkan..
    sape yg terdesak skg..hahaha

    ReplyDelete
  2. Siapa masih ingat rukun negara ?

    ReplyDelete
  3. Udah-udah le MAMAK M.

    ReplyDelete
  4. Yer ker..mmg patut sangatlah masa jadi pm 22 tahun dulu dia yg buat supaya kurangkan kuasa DYMM. Bila dah pencen pm baru dia sedar. Begitulah klu umur dimakan usia apa yg dibuat pun mudah lupa...mmg melayu mudah lupa dan akan terus layu.

    ReplyDelete
  5. KECEK BELAWOK SAMO PANJE DENGAN URAT PERUT.PAYOH NOK KIROCARO DENGE ORE JENIH PERT HIJAU.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com