innity

pages

Sunday, September 4, 2016

LTA bantah cadangan roboh replika helang, Langkawi


LANGKAWI - Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) hari ini membantah sebarang cadangan merobohkan replika raksaksa helang di sini ekoran pendapat seorang pakar agama Islam yang menyifatkan mercu tanda seperti itu sebagai haram.

Yang dipertua LTA, Zainuddin Kadir berkata replika setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Lang di sini telah menjadi tarikan pelancongan utama sejak lebih 20 tahun lalu dan menarik ribuan pengunjung dalam tempoh berkenaan.

"Ia telah menjadi ikon kepada Langkawi bagi tempoh yang agak lama dan bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti yang bertentangan dengan agama," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas laporan media dalam talian baru-baru ini yang memetik Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim sebagai berkata memasang replika helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Laporan itu menyebut, Zamri telah menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang tidak dinamakannya yang bertanyakan hukum membuat replika burung helang untuk tempat berkaitan binatang itu.

Zainuddin yang mendakwa mewakili lebih 8,000 orang anggota LTA berkata beliau telah menghantar surat kepada Zamri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.

"Saya masih lagi menunggu jawapan dan bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan beliau berhubung perkara ini, jika perlu," katanya.

Menurutnya apa-apa tindakan susulan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa berhubung perkara ini perlu mengambil kira kebajikan komuniti Langkawi yang sebahagian besarnya bergantung kepada pelancongan untuk menjana pendapatan.

Semalam, Pejabat Mufti Kedah menyatakan akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu jika terdapat gesaan supaya tugu helang di Langkawi dirobohkan atas faktor haram dari sudut agama.

Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata selepas perbincangan rasmi, perkara itu akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tindakan susulan diambil. - Bernama

7 comments:

  1. Ikutlah pendapat jumhur ulama bukannya pendapat sendiri atau pelancong.tanpa patung apa2 pon pelancong tetap akan dtg.igtlah bukannya pelancong yg bg rezeki..

    ReplyDelete
  2. Ulama tak semestinya betul. Dari memperjuangkan hal vape, pempuan tak pakai tudung, burung helang, mana dia pendapat jumhur ulama tentang pencabulan undang2 oleh MO1, hal kecurian wang 1mdb? Atau konsep dosa terpilih pada ikan bilis je? Ulama mendenya tu? Burung helang tu bukannya berhala yang disembah, tapi sembah pada wang, kedudukan dan MO1 camna pula?

    ReplyDelete
  3. Lebih baik takder mufti kat malaysia nih....

    ReplyDelete
  4. Dalam sibuk mereka mengwahabikan orang,diam diam mereka sendiri yg terkena wabak ISIS.Dalam Islam tak di larang buat patung ,yg dilarang idol bagi tujuan penyembahan.Dalam Quran nabi Isa AS buat patung burung dari tanah sblm dihidup kan melalui mukjizat Dari Allah Quran 3:49 Nabi sulaiman juga membina patung Quran 34:13.Jadi elok lah pak pak mufti ni rasional sikit!!.Sebenar nya larangan buat patung bukan Dari Quran tapi Dari hukum kitab Torah yahudi Dan salah satu perintah yg terkandungan dalam "Ten Comandement"

    ReplyDelete
  5. tanya kepada mufti tu apa hukumnya gst pada rakyat ??kami orang kedah akan sokong jika replika burung helang itu di robohkan ,tetapi mansuhkan caj gst ,insyaALLAH Kami penyokong sepenuhnya ,and then patung2 budhha dan lain2nya perlu di wajib di robohkan !

    ReplyDelete
  6. Cuba la cari isu yang penting.
    Tak kan la Patung Helang yang dah lama dibuat nak dijadikan isu.
    sebelum ini takda pun nak kecoh-kecoh.

    ReplyDelete
  7. xleh ke tugu tu kita jgn robohkan tapi ubah suai sikit supaya nampak mcm helang tapi x sama 100% dengan helang sebenar,contohnya tang kaki helang tu kita cantumkan jadi macam satu kaki dan kukunya kita buang dan tang kepalanya kita bubuh replika mahkota yang menutup seluruh kepalanya.,dengan cara tu helang tu tak lagi menyerupai rupa sebenar helang.agak2 boleh x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com