innity

pages

Monday, September 5, 2016

[KSN BARU NAK KAJI] Kerja 6 Jam : Belum Apa-Apa, Pengarah MEF, Datuk Shamsuddin TIDAK SETUJU


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pengurangan waktu bertugas kakitangan awam kepada enam jam berbanding lapan jam sehari bakal menyebabkan banyak urusan rasmi antara masyarakat dan sektor swasta dengan agensi kerajaan terjejas. 

Kebimbangan itu disuarakan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan yang berpendapat langkah tersebut akan melambatkan banyak urusan rasmi terutama di sektor yang berurusan dengan orang ramai seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya. 

Katanya, ketika ini pun pelbagai isu timbul berhubung produktiviti perkhidmatan awam dan sekiranya waktu bekerja kakitangan kerajaan menjadi lebih singkat, pasti banyak urusan akan terbantut. 

“Penurunan waktu dua jam adalah sangat drastik. Sekarang ini pun produktiviti kerajaan masih rendah. Sebagai contoh, waktu perkhidmatan adalah pukul 8 pagi hingga 5 petang, namun, adakah orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan itu tepat pada masanya? 

“Ada juga jabatan atau agensi kerajaan yang ‘tutup’ seawal pukul 4 petang sedangkan perkhidmatan ditawarkan hingga pukul 5 petang. 

Ini belum lagi ditolak dengan waktu rehat, minum kopi dan sebagainya. Perkara ini akan menjadi satu kebimbangan kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa semalam bahawa kerajaan akan mengkaji dan meneliti keperluan serta kewajaran cadangan waktu bekerja kakitangan awam sehingga enam jam sehari.


Katanya, beberapa agensi kerajaan seperti di UTC (Pusat Transformasi Bandar) telah melaksanakan tempoh bekerja tujuh jam bagi setiap kakitangan dan mereka dibahagikan kepada dua syif sehari. 

Pertimbangan tersebut dibuat susulan cadangan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Kishnam baru-baru ini yang meminta kerajaan mempertimbangkan agar mengurangkan waktu bekerja kerana waktu kerja panjang akan memberi kesan buruk kepada produktiviti pekerja. - UTUSAN ONLINE 

7 comments:

  1. apa punya bengap dia ni, kan ksn dah ckp bukan semua skim perkhidmatan la

    dah tentu bagi skim perkhidmatan yg sesuai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam Kerja mau korang,bonus mau 2 bulan.tak bagi nanti korang undi..

      Delete
  2. Jangan cakap pasal productivity. Bila masa kakitangan kerajaan faham perkataan itu.Kalau hal tazkirah ceramah doa2 itu lah yg menarik kpd mereka dan juga peluang2 yg bole masyuk..

    ReplyDelete
  3. hai...waktu kerja kaki tangan kerajaan berbeza beza?..ada 8 n 6 jam?...pm mesti setuju...dedak untuk pru nanti...

    ReplyDelete
  4. Perancangan politik untuk pru 14. Bijak..bijak...bijak

    ReplyDelete
  5. Ini semua taktik pok jib
    Alihkan isu
    Tangkap penjara pok jib
    KERIS

    Malapetaka pok jib ni
    Bantahan seluruh negara hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sampai malapetaka diturunkan oleh Tuhan..nanti tak sanggup nak hadapi..orang yg bertakwa tak resah gelisah... yg resah gelisah hati adalah orang yg tidak bersyukur dgn apa yg telah ditentukan Tuhan spt keadaan sekarang..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com