innity

pages

Tuesday, September 13, 2016

Kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan semua pihak terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

2. Dalam usia semuda ini, pasti kita memerlukan sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat. Sudah semestinya kita menghargai usaha untuk menyemarakkan lagi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

3. Namun demikian, sebarang usaha yang dilakukan mestilah mengikut lunas-lunas yang seiring dengan halatuju parti yang kita cintai ini.

4. Justeru kita ingin menasihatkan semua pihak terutamanya NGO supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kekeliruan pelbagai pihak sehingga dilihat seakan-akan mengambil alih tugas dan peranan parti.

5. Ini adalah penting kerana kekeliruan dan kesalahan maklumat sudah pasti akan menjejaskan perjalanan parti.

6. Dalam kegairahan kita menyambut kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, adalah diharapkan kenyataan-keyataan yang boleh mengelirukan orang ramai hendaklah juga dihentikan.

7. Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggalakkan semua mendaftar secara langsung dengan pendaftar-pendaftar parti atau dengan sistem atas talian minggu hadapan. 

7. Ahli-ahli NGO yang menyokong perjuangan Bersatu, Beramanah, Bermaruah juga dijemput mendaftar menjadi ahli secara langsung.

Sekian . Terima kasih.

Kamarul Azman Habibur Rahman
Setiausaha Kerja Eksekutif
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

5 comments:

  1. Saya merupakan bekas setiausaha umno bahagian...dah hantar makluman kpd ket.cwgn memaklumkan dan mengisytiharkan bahawa,saya keluar dari parti umno sertamerta..alhamdulillah..hidup BERSATU.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan selamat berjaya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah
    KERIS
    pahang nak borang

    ReplyDelete
  4. Tahniah
    KERIS
    pahang nak borang macamane?tolong send borang
    jatidiri12345malaysia@gnail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com