innity

pages

Thursday, September 8, 2016

[KADAR FAEDAH 18% DAH MACAM KAD KREDIT] Pemaju bukan Ah Long, mereka bina rumah kata bekas presiden Rehda

Pemaju perumahan lebih suka menggunakan wang yang ada untuk membina lebih banyak rumah, bukannya memberi pinjaman wang kepada pembeli rumah, kata bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong.
“Kami bukannya Ah Long. Tidak seperti bank, pemaju juga tidak dibenarkan mengambil deposit daripada pembeli,” katanya pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-19, hari ini.
Ng berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan pemaju dibenarkan memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada pembeli hartanah, berkuat kuasa hari ini.
Kadar faedah bagi pinjaman itu tidak melebihi 12% setahun untuk pinjaman bercagar dan 18% bagi peminjam tanpa cagaran.
Noh berkata, kerajaan membenarkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan sehingga 100% untuk mengatasi kesukaran pembeli mendapatkan pinjaman bank dan ia terbuka kepada semua orang, termasuk pembeli rumah kedua.
Siva Shanker
Siva Shanker
Sementara itu, Ketua Pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker berkata, bank patut dibenarkan menjalankan perniagaan mereka, manakala pemaju pula fokus kepada pembinaan hartanah.
Katanya, kadar faedah 18% juga terlalu tinggi.
“Ini adalah kadar faedah yang dikenakan kad kredit. Mereka yang tidak boleh dapat pinjaman bank disebabkan rekod buruk, tetapi terpaksa membayar kadar faedah 18% kepada pemaju.
“Adakah kerajaan membuat peraturan ini untuk membantu pasaran atau menghukum orang miskin?
“Orang kaya mendapat pinjaman pada kadar faedah 4% daripada bank, manakala orang miskin mendapat pinjaman dengan faedah 18%.
“Bukankah ada sesuatu yang tidak kena di sini?” soal Siva yang berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji melonggarkan peraturan pinjaman untuk pembeli rumah pertama dengan memberi kredit tambahan atau 100% pinjaman perumahan.
“Ramai orang tidak mampu beli hartanah pertama mereka kerana tidak mampu bayar wang pendahuluan. Bantu mereka daripada segi itu. Ia boleh dibayar balik dalam jangka panjang,” katanya. - FMT

9 comments:

  1. Cadangan yg paling bodoh dari seorang pemimpin. Ah long dengan pemaju rumah bergabung. Matilah rakyat kena belit dengan hutang

    ReplyDelete
  2. “Orang kaya mendapat pinjaman pada kadar faedah 4% daripada bank, manakala orang miskin mendapat pinjaman dengan faedah 18%."

    Salah satu cadangan Noh Omar yang nak sangat me-relavant diri dengan pentadbiran MO1. Selepas ini akan ada lagi cadangan2 yang amat sesuai dengan kepandaian dan kebijaksanaan cabinet MO1

    ReplyDelete
  3. Pls do not comment this article.. u wl be looked so stupid ...let the moron minister talk n talk from his asshole...

    ReplyDelete
  4. Hahahaha...hahahaha....betoi betoi cdgan dari sibangang. Bakal MB selangor mcmni? Nasib baik aku org selangor tak dpt org mcmni. Org tak dpt pinjaman rata rata org yg ada masalah keewangan, engkau nak suh pemaju tekan org susah?

    ReplyDelete
  5. Semenjak pru ke 13, banyak menteri buat kenyataan mengenai perkara yang mereka sendiri tidak tahu dan tidak faham yang akhirnya menyusahkan rakyat .

    ReplyDelete
  6. cadangan ini buka idea tapi bencana pada pembeli ...kalau inilah cara matilah BN PRU14 nanti..

    ReplyDelete
  7. Rumah tak laku salahkan BN. Menteri dan pemaju ada hubungan? Buat rumah mampu milik dgn harga mampu di beli. Tanah kerajaan hanya utk rumah mampu milik. Bila harga tanah turun harga rumah patut turun.

    ReplyDelete
  8. Noh tak senonoh
    Dia la ah long kerajaan
    Jangan layan taksenonoh ni
    Gila dah umno ni

    Kehancuran umno ni


    KERIS
    pahang

    ReplyDelete
  9. Dah cukup lah BNM nk jaga bank2 dan institusi kewangan yg ada skrg ni. Itu pun dah tercicir2 dah, spt aktiviti penggubahan wang haram yg di siasat oleh pihak luar spt DOJ. Tak payah lah menteri nk bagi cadangan yg merepek. Letih mendengar menteri2 bagi cadangan tok sah mkn ayam, suruh mkn kangkung, suruh beri barang second hand, buat 2-3 kerja, keluar kerja sebelum subuh elak jam, ikut jalan lama yg tak bertol kalau nk jimat, student masak kat asrama dll lagi. Ada tu nk cadang lg kurang waktu kerja 6 jam sehari. Apa ni? Bukan ekonomi jer tercicir, otak pun dah tercicir....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com