innity

pages

Friday, September 16, 2016

JUMAAT :Tuan Guru Haron Din Meninggal Dunia, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un


Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'afie Wa'fuanhu


Jumaat – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din disahkan meninggal dunia hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.


Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.
Berita ini turut disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi. Beliau memaklumkan maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.
"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.
Sebelum ini Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, selepas menghadapi masalah jantung.
Allahyarham Tuan Guru sebelum ini, dilaporkan berada dalam keadaan ‘brain death’ dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Difahamkan, berlaku pendarahan dalam pembuluh darah jantung selepas kegagalan pihak hospital melakukan angiogram.
Kira-kira jam 5 pagi waktu California, pihak hospital menghubungi keluarga Allahyarham untuk datang ke ICU, berikutan keadaannya yang semakin kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Pada April 2012 lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama.
Mac lalu, Allahyarham turut mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).


Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.

sumber:

4 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirrojiunn. Semakin berkurang ulama dimuka bumi ini.. Semakin kering ilmu.. Ilmu didada mereka terkubur bersama mereka.. 😭😭

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah..إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah .
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainnahilaihirojiun.Alfatihah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com