innity

pages

Thursday, September 8, 2016

[JOM ISI BORANG MASUK BERSATU] Pendaftaran Parti Pribumi diluluskan


PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelulusan itu diberikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.
"Berdasarkan perlembagaan parti itu, pengerusi berperanan mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi, manakala presiden mempengerusikan mesyuarat majlis presiden," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah.
Ahmad Zahid berkata, nama singkatan PPBM diluluskan selepas rundingan dilakukan di antara parti itu dan ROS.

"Bersatu (singkatan nama parti) tidak boleh digunakan kerana ada enam parti politik di negara ini yang menggunakan perkataan itu (dalam nama parti mereka)," katanya.

18 comments:

  1. Tahniah.
    Semoga dipermudahkan oleh Nya segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Aku sebagaimana kebanyakan yg lain tidak menjadi ahli mana2 parti tetapi selama ini mengundi menyokong UmnoBN . Untuk Pru akan datang aku tidak akan menyokong mereka selagi Najib dan balacinya masih meneraju Umno dan Negara.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana pribumi telh diluluskan. kalau dulu melayu islam ada tiga parti skrg dah jadi emapat..maka telah berjayalah usaha pemimpin melayu untuk memecahkan undi pada pru 14 nanti. Diharap pemimpin melayu dan rakyat malaysia bleh berseronok dgn berita ini. Marilah ramai-ramai kita memilih parti mana yg kita sesuai dan setuju. Inilah kebaikan proses demokrasi dalam negara ini yg berbilang kaum dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas PRU14 UMNO dah tutup kedai dah, so tak denya bertambah bilangan parti melayu, lagi UMNo mmg dah tak jaga melayu, yang mereka jaga dedak untuk puak2 dia je

      Delete
  4. Selagi tun m masih ada politik negara ini tidak akan stabil. Kalau dato najib berundur adakah dato zahid akan mengambil alih sebagai PM. Kalau sekiranya berlaku bermulalah episod baru kospirasi menjatuh dato zahid pula dgn bermacam2 fitnah timbul. Inilah cabaran siapa yg akan menjadi PM nanti. Manusia merancang allah juga yg menentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa disalahkan Tun M?..bukan Tun M yang cipta masalah..Awal penubuhan 1MDB,Tun M dah kata..jangan monyet,jangan..
      Segala kemelut dan Salahlaku adalah salah najib.. jika ada org yang yang nk disalahkan juga org tu kak rossey..
      Kita patut bersyukur sbb org tua yang umur 90 lebih sanggup bamgkit dari kerusi empuk kawan segala salahlaku yg najib buat..
      Nk hadapkan zahid hamidi jadi PM,tak terbayang Malaysia diperintah oleh zahid hamidi.tukang baling bom dan sembunyi Tangan.

      Delete
    2. Dedakman yang bangang yang akan beri "statement" memalukan

      Delete
  5. Melayu berpecah lagi, akan datang akan berpecah 14.siapa yg untung.. Habis la melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bohong lah. PRU13 dulu mana ada melayu berpecah lebih dari 2? Wakil bebas kebanyakknya hilang wang pertaruhan. Kebanyakkan kawasan melayu wakilnya menang majoriti.

      Delete
  6. Marilah kita sama-sama tukarkan karpet lama (UMNO) yang penuh najis, berbau hancing dan penuh najis dengan karpet baharu (BERSATU).

    Semoga dengan pertukaran tersebut Negara kita Malaysia kembali aman, damai, ekonomi berkembang, tiada ketirisan, tiada rasuah, menambah peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta, menebus kembali maruah bangsa yang tercemar dan dihina, membina semula kekuatan dan perpaduan sesama rakyat jelata dan sebagainya.
    Usah takut untuk merubah kerana Malaysia mengamalkan Demokrasi. Kalau Bersatu tak ok, kita teruskan memilih pemerintah yang ok.
    Hidup BERSATU!

    ReplyDelete
  7. Pribumi pun bole dicdgnkan.... Jom join PPBM.....

    ReplyDelete
  8. Hari ni aku berjaya mempengaruhi dua org kawan aku yang pro-bn. Alhamdulillah.. next pru kita ubah. BN akan menjadi pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Mana borang?
    KERIS pahang

    ReplyDelete
  10. Umno jgn sakit kepala.
    Tak payah masuk sini bawak segala komen dgn prinsip beras sekampit dgn kain pelikat selai.
    Kami dh muak.
    Tunggu pru 14 bn jadi pembangkang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com