innity

pages

Thursday, September 15, 2016

Jika 10% daripada keahlian UMNO daftar PPBM sudah cukup buat PELUH DINGIN Najib memercik


Sepertimana yang diberitahu kepada umum sebelum ini, pendaftaran untuk menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM akan bermula hari ini (semalam).

Buat permulaan, pendaftaran keahlian secara "walk in" boleh dilakukan di alamat berikut - Suite 2.01, Epicure, No 1, Jalan Medan Setia 1,  Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam waktu terdekat ini juga, penyelaras di peringkat negeri akan (telah) diumumkan untuk memudahkan lagi proses mendaftarkan keahlian di luar Lembah Kelang.

Selain itu, pada minggu ketiga bulan September pula, pendaftaran keahlian secara online dijangka akan diaktifkan.

Beberapa kelompok seperti Whatsapp grup, Facebook, kumpulan dan individu tertentu turut menampakkan ingin bergerak mencari keahlian secara sukarela dan "demi perjuangan"  bagi memastikan kejayaan PPBM.

Berdasarkan respon hangat masyarakat, pengaruh Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain pemimpin yang dipecat, kebencian terhadap UMNO, rasa meluat kepada Najib Razak, menyampah dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terus sombong dan angkuh, keghairahan ingin menjatuhkan BN dan pelbagai sebab lainnya, adalah dijangka dan tidak mengejutkan kiranya keahlian PPBM akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Semua orang tahu PPBM bertujuan ingin mengalahkan UMNO dan memecahkan undi Melayu di kawasan di mana parti itu selama ini bertanding atau bertapak. Sebab itu, PPBM ditubuhkan mirip UMNO kerana ia adalah alternatif kepada UMNO yang ketika ini sudah menjadi parti untuk mempertahankan Najib semata-mata.

Oleh yang demikian, dalam waktu terdekat atau sekurang-kurangnya sebelum berlabuhnya tirai tahun 2016, berapa ahli yang munasabah yang perlu didaftarkan oleh PPBM?

PPBM tidak perlu terlalu tertekan dalam hal ini. Meskipun jumlah ahli yang ramai adalah penting, tetapi yang lebih mustahak ialah sokongan pengundi atau rakyat biasa yang tidak berparti sewaktu pilihanraya.

Banyak parti-parti di dunia ini tidak mempunyai keahlian yang ramai, tetapi dapat menguasai kerajaan kerana matlamat mereka yang bergerak sealiran dengan kehendak serta keperluan rakyat.

Tetapi, jika PPBM dapat mengumpul sejumlah 350 ribu atau 10 peratus daripada jumlah keahlian UMNO untuk dua tiga bulan akan datang, ia sebenarnya sudah lebih dari memadai. Lebih cantik lagi, kalau dapat mencecah sehingga 500 ribu ahli.

PPBM sudah sepakat akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, malah beberapa pemimpin Pas juga menunjukkan keinginan untuk berlawan satu lawan satu dengan BN. Tugas utama PPBM ialah memecahkan undi Melayu di kawasan-kawasan UMNO.

Sebagaimana disebut oleh Muhyiddin sebelum ini, 67 kerusi UMNO sekarang ini berada dalam keadaan terumbang-ambing dan jika berlaku peralihan sokongan sebanyak 4 peratus saja, 45 daripada akan "terbang melayang"  dan terlepas daripada genggaman.

Di kawasan-kawasan tersebut, tidak semestinya semua PPBM yang akan bertanding. Mungkin sebahagiannya oleh PKR atau Amanah dan jika Pas turut bersama, parti itu juga dapat nikmat daripadanya. Di kawasan bukan Melayu atau campuran, sudah tentu DAP dan PKR lebih dominan berbanding parti-parti komponen BN.

Bermakna, buat permulaan ini, dengan PPBM dapat mencuri 10 peratus keahlian UMNO atau seramai 350 ribu atau lagi baik sehingga 500 ribu, sudah cukup  untuk "memercikkan peluk dingin"  buat Najib, UMNO dan BN. 

Jika sambutan lebih hangat seperti mana kutipan tandatangan Deklarasi Rakyat dahulu, tidak mustahil Najib lebih awal lagi akan "lari malam" dibuatnya. 

Shahbudin Husin 14/09/2016

1 comment:

  1. 10% TU BERAPA RAMAI,LAGU MANO TU 10% NOK LAWEY 90%.BOLEH MENEY KO PRU14 NANTI DENGA AHLI CUMO 10% DARI AHLI UMNO%.SINGKAT SUNGGOH PIKIRE.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com