innity

pages

Friday, September 2, 2016

'Jamal sahkan UMNO amal politik wang' - Tan Sri Rais Yatim

RAIS YATIM: 'Jamal sahkan UMNO amal politik wang' - Gambar fail

Pembatalan janji Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos untuk membawa setiap ketua cawangannya bercuti dan ditukarkan dengan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan itu sekali gus memalukan UMNO yang dilabel negatif sebahagian besar rakyat sekarang.

"Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh.

"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap UMNO.

"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. UMNO akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dakwaan Rais terhadap Jamal yang melakukan politik wang turut dimuat naik di laman Twitternya - Sumber gambar Twitter Rais Yatim
Rais mengulas pengumuman Jamal yang akan mengagihkan wang RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan UMNO.

Bagaimanapun Jamal di dalam sebuah portal dilaporkan berkata, pemberian wang itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.

Jelasnya, sumbangan tersebut diperolehi bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.

Dalam pada itu Rais yang juga veteran UMNO mempersoalkan isu yang timbul pada masa pimpinan parti sedang berhadapan dengan tohmahan dan keadaan yang tidak menyenangkan.

"Tidak pernah seorang pemimpin UMNO di peringkat ketua bahagian yang membuat pengakuan seumpama itu ketika ini.

"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya kepentingan remeh dan sebagainya.
"Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," ujarnya.

Katanya lagi, Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga seharusnya mengambil teguran itu dan meminta mana-mana pemimpin parti menghentikan perbuatan seperti Jamal.

"Selama ini saya di dalam UMNO, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh. Jadi MT perlu berbuat sesuatu," jelasnya.

5 comments:

  1. Biaq pi Kat dis lah Pak raid ooii bak kata pepatah 'BAPA BOREK ANAK RINTIK'

    ReplyDelete
  2. Inilah akibatnya bila seorang yg tak lulus srp jd pemimpin. Malah boleh sampai jd mb.

    ReplyDelete
  3. Kekadang bila Tuhan nk tunjuk kebenaran sampai kita tak sedar apa kita buat.
    Tapi jamal tanya pulak.
    Kalau boss boleh buat pasal apa saya tak boleh buat ?

    ReplyDelete
  4. Inilah umno zaman najib. Tak payah sorok2 dah. Bagi terang2 je. Rakyat akan sokong. Apa nak risau. Jamal ni antara ribuan spesies yg terhasil dalam pimpinan umno sekarang ni

    ReplyDelete
  5. ketua umno bahagian lain boleh buat malah berganda ganda lebih dari itu, tak kan jamal hanya derma RM1K setiap ketua cawangan pun salah.
    jamal mungkin sengaja isytiharkan pemberian tersebut sebab dedak yang dia terima ciput jer jika dibandingkan dengan apa yang diterima oleh ketua umno bahagian lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com