innity

pages

Monday, September 5, 2016

[JAHIL PERUNDANGAN] Wan Junaidi DIHENTAM kerana 'Bela' Apandi BERJOGET




Tindakan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tampil membuat penjelasan berhubung klip video yang menunjukkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berjoget dengan beberapa anggota Kabinet telah mengundang 'padah'.

Peguam Hanif Khatri Abdulla berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu perlu terlebih dahulu memahami etika, tatasusila dan peranan seseorang peguam negara sebelum memberi kenyataan bagi pihak Mohamed Apandi.

"Dengan penuh hormat, saya sanggup memberi nasihat percuma kepada Wan Junaidi untuk mempelajari konsep, peranan dan tanggungjawab seseorang peguam negara sebelum cuba mengelirukan rakyat Malaysia kononnya isu yang dibangkitkan itu tidak penting dan tidak sesuai.



"Wan Junaidi tidak perlu membantu menjawab bagi pihak peguam negara. Sesungguhnya saya percaya peguam negara sepatutnya boleh menjawab bagi pihaknya sendiri," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Wan Junaidi yang juga dilihat berjoget dalam video berkenaan dilaporkan berkata, beliau tidak ingat sama ada Mohamed Apandi ada bersamanya ketika itu.

Mengulas mengenai kenyataan Wan Junaidi itu, Hanif yang juga peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu pokok yang dibangkitkan sebelum ini tiada kaitan dengan tingkah laku menteri Kabinet.

"Kalau beliau tidak ingat sama ada peguam negara turut sama menari dengan menteri-menteri, maka beliau sepatutnya tidak perlu komen berhubung kenyataan yang tidak membabitkan tingkah-laku beliau mahupun menteri-menteri lain.

"Isu sebenar yang penting ialah berhubung etika, tatasusila dan peranan peguam negara dan bukannya menteri," katanya.

Sebelum ini, Hanif mencabar Mohamed Apandi meletak jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai.

Hanif yang memuat naik rakaman video selama 26 saat itu ke Facebooknya berkata, Mohamed Apandi tidak wajar bertindak sedemikian di khalayak ramai.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang menyerupai Mohamed Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Wan Junaidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu. - mStar

11 comments:

  1. Ini lah tanda kehancuran negara bn umno
    Nescaya
    KERIS

    ReplyDelete
  2. HARAM KE BERJOGET.AKTA MANA YANG KATA PEGUAM NEGARA TAK BOLEH BERJOGET.ANWAR DULU SIKIT PUNYA SLUMBER GOYANG KORANG TAK MERAUNG PUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat le bodoh..bertambah bodoh bila,kita menunjukkan kebodohan mereka..alangkan hakim mahkamah pun tk boleh sembarangan inikan pula peguam negara...pegawai tentera pangkat leftenen muda pun ada etikanya...inikan pula peguam...makan di warung tk boleh...naik bas pun tk boleh..dulu lah...tk tau etika,sesuatu profesion..dok diam diam...mu ni pas,srkolah melayu je

      Delete
    2. Yeer...kalau anuar jadi jahat...org UMNO pun nak jadi jahat juga...x boleh keer ???. Dah la bodoh .. bangang pulak tu

      Delete
    3. Memang lah tak haram, sepatutnya sebagai menteri mesti ada etika nya dan tatacara ketika menghadiri sesuatu majlis atau perhimpunan. sebelum ini tak pernah pun nampak menteri buat macam ini. kalau terasa sangat nak menari. apakata waktu Hari Malaysia nanti buat team menteri buat persembahan depan pentas. Sekurang-kurang Najib rasa happy kelau menteri-menterinya berbakat sebagai penari, atau tidak pun buat lawak bodoh sambil memuji Najib setinggi langit.

      Delete
    4. Dia tu peguam la ngok.. Kau ni kera smdari hutan mana.. Tk reti reti bahasa . Bongok memanjang.

      Delete
    5. Dia tu peguam la ngok.. Kau ni kera dari hutan mana.. Tk reti reti bahasa . Bongok memanjang.

      Delete
    6. Najib dan kak mah pun menari dan menyanyi masa kahwin anak di kazakstan...inikan pula pemakan dedak hasil curi duit rakyat...

      Delete


  3. Kalo tak silap la, Peguam Negara dan para hakim ada kod etika tersendiri yang memelihara mereka daripada melakukan perkara yang boleh mencemar integriti dan jawatan mereka.


    ReplyDelete
  4. Yang lgbt dan seumpama dgnnya tu tak salah???...himpunan haram bershit tu tak salah???..yg dilarang undang-undang yg pembangkang buat tak salah??..kalau pembangkang buat semua betul???.. yg memburukkan kerajaan yg sah dipilih rakyat tu tak salah???.. yg hina pemimpin dan kakitangan kerajaan tu tak salah??..

    ReplyDelete
  5. Anon 3:36 ni bodo, agknya slruh keturunan dier ni pn bodo piang.. lain org ckp lain yg djwab.. oo bodo lahanat ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com