innity

pages

Friday, September 16, 2016

Haron Din disemadi di California: Keluarga

Masjid An-Noor di kawasan San Francisco Bay
Jumaat – Berpegang kepada amanat di mana beliau menghembuskan nafas terakhir, di situ beliau disemadikan, maka anak-anak dan keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din memutuskan supaya jenazahnya disemadikan di California.
Dalam kenyataan terbaru di laman Facebook rasmi ‘Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Official)’ sebentar tadi (12.07 pagi waktu California), keluarga Allahyarham memaklumkan mereka mempunyai pilihan untuk membawa jenazah pulang ke tanah air.
Mereka juga sudah berbincang dan membuat pertimbangan mengenai semua pilihan.
“Bukan mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat. Kami memilih untuk menguruskan jenazah baba dengan sempurna dan cepat.
“Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi. Maka kami akan kebumikan baba di California.
“Esok pagi mandikan baba – Kafankan – Solat jenazah selepas solat Jumaat di Masjid AnNur, Santa Clara, CA,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan semua masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan solat jenazah ghaib di atas pemergian Mursyidul Am PAS itu.
Beliau turut memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk menyarankan seluruh masjid di negeri masing-masing melaksanakan solat jenazah ghaib. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com