innity

pages

Monday, September 5, 2016

Datuk Seri Khairuddin Serah Memorandum TUNTUT Peguam Negara LETAK JAWATAN dalam tempoh 24 jam

Siri : 299
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

PERKEMBANGAN TERKINI DALAM MISI PERJUANGAN " DEMI NEGARA TERCINTA " SETAKAT PADA 05.09.2016 :

1. Pagi tadi, 05.09.2016, DS KHAIRUDDIN telah menyampaikan satu utusan/memorandum kepada TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI, melalui pegawai-pegawai PEJABAT PEGUAM NEGARA menuntut TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI, meletakkan jawatan beliau sebagai PEGUAM NEGARA MALAYSIA pada kadar serta-merta, yakni dalam tempoh 24 jam dari tarikh serahan utusan/memorandum tersebut !!

2 Sekiranya TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI gagal untuk meletakkan jawatannya maka, utusan/memorandum tersebut dengan jelas menyatakan bahawa penandatangan utusan/memorandum tersebut akan mengambil segala langkah yang perlu di sisi undang-undang, untuk menentukan TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI adalah DILUCUTKAN dari jawatannya sebagai PEGUAM NEGARA MALAYSIA !!

3. Asas tuntutan di dalam utusan/memorandum tersebut adalah tingkahlaku TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI dalam MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA pada 31.08.2016, seperti yang dipaparkan dalam kelip video 25 saat yang berada dalam edaran luas media massa sosial, dan berkaitan dengan Siri : 291 & 297 dalam timeline fb di sini !!

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!



6 comments:

  1. KOHOR KUAT GILOR PUOK2 NI.SAING AMBO KATO BAIK SALOH KAIN NAPOK P**I DARI SALOH MULUT.BENDO HOK KECIK REMEH TEMEK PUN NOK GEGER RIUH SEANTORO DONIO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA INGAT KES MP PARIT HASHIM GERA KENA PECAT DARI PAS KERANA BERJOGET.
      AG BERJOGET DGN MENTERI KABINET ?
      KAH KAH KAH !
      CUMA DI MALAYSIA.

      Delete
    2. KENA PECAT DARI PAS TAK SAMO DENGAN MINTA PEGUAM NEGARA LETAK JAWATAN KERANA PAS HANYA SEBUAH PARTI POLITIK BUKAN UGAMA.PAS PECAT HASHIM GERA IKIT PERLEMBAGAAN PARTI DIA.KORANG MINTA AG LETAK JAWATAN NI IKUT PERLEMBAGAAN MANA PULOK.

      Delete
    3. perlembagaan parti PAS ada nyatakan secara jelas ke yang ahli pas x boleh berjoget?xde kan?dia dipecat sebab tidak berkelakuan sopan / senonoh..jadi isunya sama ngan AG ni yang mana beliau bertindak kurang sopan dan sesuai dengan kedudukan beliau sebagai AG.AG mestilah dilihat sebagai seorang yang berwibawa dan tegas tanpa memilih bulu.tp AG yg ini boleh plak dok menari kat depan khalayak pastu dengan menteri kabinet plak tu..ini kurang sesuai sebab perbuatan menari tu sendiri mencemarkan kewibawaan AG dan menyebabkan dia tidak dilihat sebagai org yg tegas malah boleh dianggap memilih bulu kerana menari dengan menteri (even menari biasa sahaja) pada persepsi masyarakat.

      Delete
  2. Memorandam tak salah nak serah berapa kali pun. Adakah kita faham perlantikan peguam negara tu mcm mana..siapa peguam negara tu. Peguam negara adalah kakitangan awam dibawah perlantikan JPA atas persetujuan agong dan pm...nanti klu peguam negara agong dan pm tak setuju dgn memorandam tu..jgn pulak yg hantar memorandam tu menyalak sana sini minta sokongan dan tandatangan mcm deklarasi rakyat pulak...rakyat pun kena fikir secara mendalam..apa hak si dato ni nak kacau ganggu periuk nasi peguam negara ni...apa salah peguam negara dgn dato ni...mvm-mcm skarang..yg tak perlu dibuat jgn lah lakukan..banysk lg isu yg perlu diutarakan...lihat kat bawah tu ramai fakir miskin..anak yatim..ibu tunggal..orang tua..pesakit kronik.. pelajar yg bijak tspi tak mampu teruskan pelajaran kerana kekurangan belanja.. gejala dadah.. maksiat
    ..gejala budaya kuning barat..mcm-mcm yg perlukan bimbingan dan bantuan... apa pembangkang buat???..lihat???..membangkang saja???..buang masa..semua dibahu kerajaan...ini yg dikatakan adil..menyalak sana sini..mana ketua-ketua komuniti dari pembangkang????...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengoti,demo ghoyat benda hok betul,siapla lepas ni demo kena serang dengey puak2 anc..puak tu akey kelo demo dengan namo pemakey dedok.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com