innity

pages

Saturday, September 3, 2016

[DAP PUN SAMA] Jamal tolak desakan isytihar harta


Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos menolak desakan supaya beliau mengisytiharkan sumber kekayaannya selepas berjanji memberikan RM1,000 kepada setiap 646 perwakilan parti itu.
Beliau berkata pengisytiharan itu tidak perlu kerana tidak ada undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian, sambil menambah ia adalah kesilapan parti pembangkang, terutamanya DAP.
"Sebelum PRU 13, PM dah usulkan supaya ahli-ahli parti politik kena isytihar siapa penderma, tapi malangnya parti pembangkang terutama DAP tak bersetuju supaya ahli politik isytihar penderma dah penyumbang.
"Jadi saya tak perlu nak isytihar apa-apa," kata Jamal kepada Malaysiakini.
Beliau menjawab gesaan termasuk daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M Kulasegaran supaya mengisytiharkan sumber kekayaannya.
Jamal mengumumkan pemberian tunai itu semasa mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar, Rabu lalu.
Wang itu, katanya, adalah peruntukan daripada lawatan sambil belajar untuk 81 pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian itu ke Dubai yang kemudiannya dibatalkan.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan yang dirancang, Jamal berkata ia adalah untuk mengembangkan pandangan pemimpin Umno Sungai Besar supaya mereka tidak menjadi "katak di bawah tempurung".
Beliau berkata mereka memilih Dubai kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju dan mahu belajar daripadanya.
Jamal berkata tiada ketua cawangan yang kecewa kerana tidak dapat dibawa ke Dubai dan merasakan ganjaran kepada para perwakilan adalah pilihan yang lebih baik. - MK

2 comments:

  1. Betul kata bekas mb perak. Kenapa allah pilih sg besar dan kkangsar
    Petunjuk tu
    Sg besar dah mula tunjuk ke hancuran
    Mula dengan bajunya merah
    Kemudian duit sogokan
    Seterusnya harta rasuah

    Ini lah tanda tanda untuk mrnghspuskan umno ysng songlap duit rakyat

    Orang kampung dan mokcik felda
    Kena faham perubahan politik

    KERIS

    ReplyDelete
  2. Bila LHDN nak masuk siasat ni..dah terang2 dia declare brp bnyk duit dia ada tu..kalau 1k sorang KC..600 org bermakna dia akan belanja 600k...so..pendapatan dia sudah tentu lebih dari tu..adakah pendapatan dah declare kat LHDN?
    Tapi..dia org UMNO kan.kuat pertahan Najib..so..SPRM ke..LHDN ke...dah tentu wat bodo jer..penat2 siasat kang..antar report kat AG..AG kata xdak kes...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com