innity

pages

Wednesday, September 7, 2016

Bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik PUJI Tindakan Tun M-Anwar


Tun Dr Ling Liong Sik menyambut baik pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa kedua-dua ahli politik itu telah menunjukkan satu 'semangat pengorbanan'.

Bekas presiden MCA itu berkata pertemuan itu menunjukkan bahawa kedua-dua ahli politik veteran yang diketahui umum sebagai musuh ketat mampu mengenepikan maruah masing-masing demi kepentingan negara yang lebih besar.

"Apabila dua pemimpin yang hebat bersama-sama, biasanya ia akan diikuti perkara yang baik-baik.

"Contoh yang ditunjukkan oleh kedua-dua adalah dalam jangkauan semua orang dan saya berharap kita semua boleh menunjukkan pengorbanan dan sikap rendah diri yang sama," katanya, Rabu.

Pada Isnin Dr Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan terhadap Anwar yang mengemukakan saman kepada kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara 2015.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri dan Anwar juga dipecat daripada Umno.

Dr Ling mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin kerana telah mengetepikan perbezaan masing-masing demi kebaikan rakyat.

"Saya, bagi pihak rakyat, ingin mengucapkan terima kasih Anwar dan Dr Mahathir," katanya.

3 comments:

  1. TuuuuuDia..cina ckp bab pengorbanan..menjelang hari raya korban..yg melayu najib..dok kutuk bgai nk rak..apa punya,akai la hangpa ni...tdm dsai korbankan ego dan bermaafan..najib....dok sapu selagi ada berbaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina lebih bermoral, berintegriti, beretika tinggi dari Melayu. Malunya jd melayu

      Delete
  2. BERSATU, BERSATU, BERSATU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com