innity

pages

Thursday, September 8, 2016

[ALONG BERTAMBAH RAMAI?] Pemaju Perumahan Dapat Lesen Beri Pinjaman - Noh


SUBANG: Selain pinjaman bank, pembeli rumah kini boleh mendapatkan dana melalui pemaju perumahan yang mempunyai lesen meminjam wang menerusi inisiatif Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kementerian itu bersetuju memberi lesen pinjaman wang kepada pemaju yang layak mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 [Akta 400] bagi meringankan beban pembeli rumah yang sukar mendapatkan pinjaman bank.
Bagaimanapun katanya, lesen berkenaan akan diberi kepada pemaju yang memenuhi kriteria yang ditetapkan kementerian.
"Kita harap apabila pemaju ada lesen memberi pinjaman wang yang sah, ia akan membolehkan  pembeli membuat pinjaman kepada  pemaju.
"Ada pembeli yang tak dapat 100 peratus pinjaman daripada bank...mungkin hanya 70 peratus. Pembeli itu hanya mempunyai wang sebanyak 10 peratus bagi pembayaran deposit, jadi selebihnya dia boleh membuat pinjaman kepada pemaju," katanya pada sidang media selepas Persidangan Perumahan dan Hartanah Nasional 2016 di sini, Khamis.
Melalui kaedah itu kata Noh, pemaju boleh mengenakan kadar faedah maksimum setahun sebanyak 18 peratus tanpa cagaran,  manakala pinjaman bercagaran sebanyak 12 peratus.
Tambahnya, selain membantu meringankan beban pembeli, langkah berkenaan juga bakal memberi keuntungan tambahan kepada pemaju yang berperanan sebagai pemberi pinjaman wang berlesen.
"Saya harap melalui kaedah ini, ia akan memberi ruang dan peluang kepada pembeli untuk memberi rumah idaman mereka.
"Ia juga sebenarnya untuk membantu pemaju menjual projek perumahan mereka bagi mengurangkan kadar rumah tidak terjual ekoran masalah pinjaman yang dihadapi pembeli," katanya.

6 comments:

  1. Ni Noh Omar,aku nk habak Kat hang,la Ni memang dah lama wujud pemaju BG loan mcm along. Aku kerja dgn 3 syarikat pemaju Dan diaorng Ni lah sebenarnya along yg BG pinjam duit dgn faedah yg tinggi. Tindakan bodoh hang pemaju2 gelak besar kat luar Sana.pemaju bukannya institusi bank yg terikat dgn akta bank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri BN ni bnyk yg otak kat lutut. Patut usaha bantu rakyat beli rumah yg mampu dgn pndptn. Ni tidak bantu pmaju yg dh kaya utk tindas lg pembeli. Makin derita hidup rakyat. Makin la bnyk rasuah dn pnyelewangan.

      Delete
  2. Dari mana datang idea along dari bank jugak.. along ikut cara bank kenakan chagde kepada pelanggan,cuma yg member akan bank along berlesen..
    Pinjam along pun tak menjadi masalah selagi korang bayar jumlah dan masa korang janji semasa korang pinjam.yang timbul masalah bila korang tak bayar..siapa tak marah..bukan takat along..Aku pun marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat along. Tulis bm pun lintang pukang. Pokemon btul kamu ni.

      Delete
  3. Idea yg sangat bongok. Sekarang org susah nak beli sebab mahal. Bank x approve sebab depa dah study ampa xmampu. La ni nak bagi bole jugak. Teruskanlah kalau nak tengok institusi keluarga jadi bertambah huru hara lepaih ni. Hutang x padan dgn kemampuan. Patutnya cari jalan supaya rumah jadi murah.
    Now everybody can buy.

    ReplyDelete
  4. Kjaan yg ada ni bkn nk tolong rakyat beli rumah tapi nk bebankn rkyat dgn utang pd Along(Pemaju)dan Bank.Patutnya minta pmaju turunkan harga rumah mngikut pnilaian bank sbb hrga skrg dg tk masuk akal. Saya minta supaya bakal pembeli bersabar dulu sampai kemelut harga ni selesai. Dh prnh brlaku pd 1998 dn hrga rumah turun mndadak. Guna kaedah demand-supply. Mmng pmaju guna taktik mnakut2kn bkl pmbeli tp abaikn sja. Tngk sapa yg kena.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com