innity

pages

Friday, September 16, 2016

AKHIRNYA Dr Mahathir BERJAYA SERAH PETISYEN RAKYAT Kepada YANG di-PERTUAN AGONG semalam


Oleh: A Kadir Jasin


DULI Yang Maha Mulia Sari Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong petang semalam menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Majlis itu diadakan bagi membolehkan Dr Mahathir mempersembahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Ke Bawah Duli. Pertemuan itu berlangsung lebih sejam.

Deklarasi Rakyat yang dilancarkan 4 Mac lalu telah menerima lebih 1.4 juta tanda tangan.

Ia antara lain mendesak pengunduran Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Tun Abdul Razak dan mereformasikan sistem politik serta institusi negara.

Gerakan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia juga sedang mencuba menghadapkan petisyen yang sama kepada semua Raja-Raja.

Wallahuaklam.








1 comment:

  1. SERAH LA 100 MEMO PUN TAK DE MAKNA NYA TOK NAJIB NAK HERAN.APA2 PUN TUNGGU PRU 14 LA YER.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com