innity

pages

Friday, September 2, 2016

(ADA MASALAH, LAPORKAN SEGERA) Unit Banteras Ceti Haram PPIM berjaya Selesaikan RM1juta tuntutan palsu Along


Ahlong Musuh Masyarakat!

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. pada 24 Ogos 2016 Unit Banteras Ceti Haram PPIM telah menyelesaikan aduan yang melibatkan tuntutan Ahlong melebihi RM 1 juta dan rumah milik mangsa. 

Kejayaan ini sekaligus menambah semangat Unit Banteras Ceti Haram PPIM untuk berjuang habis-habisan membanteras Ahlong.

Mangsa pada awalnya membuat pinjaman RM5,000.00 dari Pemberi Pinjaman Wang Berlesen namun atas taktik licik pinjaman tersebut berubah menjadi pinjaman Ahlong. Mangsa telah pun membayar RM160,000.00 namun Ahlong masih menuntut RM1 juta dan merampas pasport, surat beranak serta melibatkan seluruh ahli keluarga mangsa dalam pinjaman tersebut.

Ugutan Ahlong menyebabkan mangsa menghadapi pelbagai kesukaran sehingga terpaksa menggadaikan harta miliknya dan keluarga demi membayar segala tuntutan. 

Kes ini berjaya diselesaikan dengan baik dalam tempoh 3 minggu oleh Unit Banteras Ceti Haram PPIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia  (PDRM).

Mangsa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPIM & PDRM kerana telah banyak membantu mereka dalam pelbagai aspek. 

Kepada mangsa-mangsa Ah Long, boleh laporkan aduan anda di Unit Banteras Ceti Haram PPIM:

Hotline: 013-307 1999 / 019-345 8444
Tel: 03-425 77 222/03-425 666 18

Alamat:
Ibu Pejabat PPIM
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat 54000
Kuala Lumpur

#Viralkan #JanganSalahPinjam #NoToAhlong

5 comments:

  1. Cerita tak jelas. Mengapa tak didakwa?

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah membantu PPIM, menjaga maruah bangsa melayu yg dihina dan ditipu syaitan cina gangster.

    ReplyDelete
  3. Semua ahlong berlesen pun patut dikekang..siapa beri lesen kpd mereka..dah bercambah..iklan yg berserabut ditepi jln..polis.banknegara.majlis perbandaran. Tak tau ka..

    ReplyDelete
  4. Agent2 pengutip hutang yg dilantik oleh bank2 juga sekarang ni bertindak seperti along juga. Menyamar dan mengugut peminjam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com