innity

pages

Wednesday, August 24, 2016

[VIDEO] Semarakkan bangsa Johor tidak sihat untuk Malaysia: Tun M


PUTRAJAYA, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menyemarakkan semangat nasionalisme atau bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia.
Beliau berkata, meskipun ia hak kerabat diraja Johor untuk mempromosikan idea berkenaan, ianya juga boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.
Dr Mahathir berkata, hanya dengan perpaduan, Malaysia boleh menjadi makmur.
“Adalah hak mereka untuk mempromosikan idea itu. Tetapi bagi saya, jika setiap negeri cuba untuk berpisah, maka persekutuan akan runtuh. Kita perlu bekerja bersama kerana hanya dengan perpaduan kita boleh menjadi makmur.
“Malah, ketika kita berpisah sebelum ini, kita tidak makmur. Kita hanya makmur selepas kemerdekaan kerana kita bersatu dalam persekutuan dan menyokong satu sama lain,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada forum bertema ‘Persekutuan dan negeri-negeri: Hubungan Persekutuan-negeri di Malaysia’.
Terdahulu, dalam catatan laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah melontarkan pesanan berikut kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.
“….Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia.
Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri itu yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak.
Malah, setiap ayat dimulakan dengan perkataan “Jangan salahkan Negeri Johor”.
“…Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.
“….Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang… suka dan duka.
“Jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup… kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu,” katanya lagi. - ismaweb

1 comment:

  1. Bangsa Johor ni hebat kang padang bola jer...dikala harta negara dirompak secara terang2an..bangsa Johor..terutama yang dok dalam UMNO..semua jd bangsat Johor....x sedar berdegar2 kunun UMNo lahir di Istana Johor..tp bila UMNO dimalukan..dihenyak dengan skandal 2.6b Najib..UMNO bangsa Johor masih nak menjadi barua menyokong kebejatan Najib...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com