innity

pages

Tuesday, August 9, 2016

VIDEO LIVE Tan Sri Muhyiddin di ROS Serah Borang Pendaftaran parti Baru



PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti mengumumkan nama parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memperjuangkan hak Bumiputera.

Muhyiddin tiba di ibu pejabat ROS sekitar jam 3.15 petang bagi menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti sebelum keluar 40 minit kemudian.

"Permohonan telah diberikan dan saya berharap mendapat kelulusan segera. Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi Melayu Bumiputera termasuk Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak selaras dengan Perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang permohonan kepada ROS di sini, hari ini.


Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Muhyiddin akan berperanan sebagai presiden parti, manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak dapat hadir pada sesi pendaftaran hari ini kerana difahamkan beliau sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Sementara itu menurut pemimpin kumpulan belia, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tujuh nama telah dihantar kepada ROS sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan.

Selain Muhyiddin dan Dr Mahathir, kumpulan ahli pertama parti itu adalah anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin.
Selain itu, presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi iaitu anak lelaki bekas setiausaha agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid dan Syed Saddiq turut menjawat jawatankuasa parti berkenaan.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengesahkan bahawa beliau akan menjadi pengasas sebuah parti politik baru yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang parti pemerintah BN dalam pilihan raya umum akan datang.





Antara Komen Orang Ramai:

Sokong Tun M & TSMY - Parti Pribumi Bersatu Malaysia Alhamdulillah. langkah pertama terbaik utk rakyat Malaysia.. "Disini lahirnya sebuah cinta. Yang murni abadi sejati. Disini tersemai cita cita. Bercambah menjadi warisan."

Sekuang Cina Aamiin ya rabbal alamiin. Moga rakyat malaysia bersatu teguh didalam parti pribumi bersatu Malaysia untuk membina semula kegemilangan setelah di robohkan oleh penyamun wang negara.

Anna Sue Dgn penubuhan parti baru Tun, inilah masanya utk rakyat yg tahu mengenang budi untuk membalas segala jasa2 Tun kepada Malaysia....Inilah juga masa nya utk rakyat yg ambil berat masa depan anak cucu mereka, berusaha mengembalikan kegemilangan negara Dan penghormatan dunia terhadap Malaysia seperti di era Tun M...
Janganlah takut utk berhijrah....berhijrah Dgn niat yg ikhlas utk kebaikan inshaallah Akan diberkati Allah swt....it may not going to be a smooth ride but we just have to start somewhere....Selamat Berjuang!

Nabjeah Abd Aziz Berani kerana benar berjuang la kerana Allah. Semoga Allah memberkati usaha kalian.

Ali Rahman Jailani Tahniah.... Kami menyokong kami sedia berjuang demi parti baru ini

Anuar Abdul Hamid Anak anak muda Gen Y sedang menanti kelahiran parti baru yang bebas dari rasuah,salah guna kuasa dan berintegriti

Shahrul Efendy Bin Shukur We will wait for this REFORMATION!!! SALUTE TUN M...all the best to all newly appointed leaders..bring back Malaysian Glory.... Semoga ALLAH SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan!!

Prokamal Kamal Semoga partubuhan baru ini dapat mengembalikan kekuatan irg melayu dan islam di bumi malaysia ini

Izra Khan alhamdullillah, tertunai sudah hajat kami....tak sabar rasanya menanti parti ini menunai impian kami iaitu rakyat negara ini...

Anom Ishak Tahniah....kita jaga pati baru ni jgn jadi sperti mereka...jgn ada yg berdengki hati. Biarlah iklas jujur apa skali pun....in shaa allah kita pasti berjaya...

Aman Syapi Tahniah semua dapat
Hadir moga berjaya menghancurkan UMNO yang tamak








4 comments:

  1. macam

    Perkasa or Persatuan Pribumi Perkasa (Malay for "Mighty Native Organisation") is a non-governmental Malay dominance organisation that was formed by Ibrahim Ali in the aftermath of the Malaysian general elections in 2008.

    ReplyDelete
  2. Tahniah tun dan tsmy.PRU13 saya undi umno/BN buat pertama kali.Sebelum itu saya undi pas.Maka kali ini insyaAllah saya akan undi Parti peribumi bersatu pula.Bagi saya politik tidak perlu terlalu rigid dan statik.Perlu ada tarik tali dan ubah strategi mengikut keadaan.Dalam keadaan sekarang saya pilih Bersatu!

    ReplyDelete
  3. Bijak Bestari Tan Sri ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com