innity

pages

Sunday, August 28, 2016

Veteran Umno dakwa Mufti Perlis antikerajaan, sebar faham Wahabi


Veteran Umno Malaysia kesal dengan sikap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang dilihatnya terus mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Malah, setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata Asri turut menyokong gerakan antikerajaan yang didokong oleh pembangkang.
"Perlakuan mufti ini telah keterlaluan dan tidak boleh diterima lagi. Campur tangannya secara terbuka dalam politik dan pentadbiran kerajaan sudah berlebihan dan mencolok mata.
"Sebagai seorang mufti, beliau sepatutnya tahu bidang tugas dan tanggungjawabnya.
"Tidak salah dia menegur kepimpinan dengan cara berhemah sesuai dengan jawatannya. Tetapi bukan secara berterusan campur tangan sehingga melebihi batas kemuliaan institusi mufti itu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mustapha dipercayai merujuk kenyataan Mohd Asri yang didakwa menyokong Perhimpunan #Tangkap MO1 anjuran sekumpulan mahasiswa di ibu kota semalam.
Mufti Perlis itu di laman Facebooknya semalam menulis "Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!"
Justeru, Mustapha berkata Veteran Umno mencabar Mohd Asri supaya meletak jawatan sebagai mufti Perlis dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya berminat dalam politik.
"Asri boleh memilih untuk bertanding atas tiket pembangkang yang dia suka," katanya.
Selain itu, Mustapha juga mendakwa Mohd Asri seorang 'pemimpin Wahabi' yang berusaha keras mengembangkan fahaman itu di Malaysia, malah dilindungi oleh menteri pusat untuk mempromosi 'dakyahnya'.
"Veteran Umno bimbang pengaruh Wahabi sudah mula bertapak dalam Umno dan kerajaan. Sekiranya ini tidak dibendung, maka Malaysia akan berdepan dengan masalah akidah yang boleh membawa kepada perpecahan ummah.
"Veteran juga kesal kerana menteri yang bertanggungjawab dalam hal agama tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung gerakan 'mewahabikan' Malaysia," katanya yang meminta kerajaan Perlis mengkaji semula pelantikan Asri sebagai mufti di negeri itu.
Beliau juga mendakwa Mufti Perlis itu kini sedang mengukur pengaruhnya di kalangan orang muda yang akan menentukan kekalahan BN dalam PRU akan datang.
"Asri akan menggunakan pengaruhnya untuk menghasut golongan muda supaya meneruskan demonstrasi sebagaimana dalam postingnya yang terbaharu menyokong demonstrasi mahasiswa di Sogo yang didokong oleh DAP.
"Asri dan gerakan Wahabinya amat berbahaya kepada negara ini. Membiarkan mereka bererti negara ini mengundang bencana," katanya. - MK

23 comments:

  1. "Veteran Umno bimbang pengaruh Wahabi sudah mula bertapak dalam Umno dan kerajaan. Sekiranya ini tidak dibendung, maka Malaysia akan berdepan dengan masalah akidah yang boleh membawa kepada perpecahan ummah"

    Pergi tanya fathul bari ostat najib dia wahabbi ke tak?

    ReplyDelete
    Replies


    1. Yang hairannya golongan UMNO ni boleh pulak pergi mengerjakan haji dan umrah dan berimamkan orang Wahabbi.

      Tak pulak sebut amat berbahaya kepada negara ini.

      Yang lagi pelik, boleh pulak ada orang tu terima derma dari putera raja Wahabbi.

      Tak bahaya pun duit berbillion-billion RM masuk ke dalam akaun peribadi si polan tu kan?

      Awal tahun ni dulu boleh pulak Pahlawan Bugis yang juga Panglima Perang Islam tersohor menghantar kontinjen Angkatan Tentera Malaysia ke negara Wahhabbi untuk kononnya mengambil bahagian dalam latihan tentera pelbagai negara.

      Tak jugak bahaya kepada negara ini kan?


      Delete
  2. Salah ke sebagai mufti sokong tangkap penyamun ?
    Sebagai mufti bila orang nk tangkap penyamun kena diam ?

    ReplyDelete
  3. Aku banyak tengok video dr asri dan geng wahabi, dan presiden Aswaja. Yh bnyk provoke, mengkafirkan oeg ialah presiden Aswaja. Geng wahabi tqk pernah. Cubalah tanya sendiri pegangan aqidah geng wahabi kpd mrk sendiri. Jangan tnya musuh2 mrk shj. Kita bandingkan jawapan mrk. Barulah kita form pendapat kita, siapa yang bohong. Benda khilaf, kena berlapang dada. Mohon pembaca semua tontonlah video2 mrk ini agar kita dapat buat pilihan yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah IS itu berfahaman wahhabbi? Fahaman wahhabi menghalalkan darah yg tak sebulu dgnya.

      Saya dah buat kajian mengenai wahhabi dan di msia dan hampir 10 kali dibuat seminar dan bengkel mengenai wahhabi dan rumusan mereka adalah sama iaitu FAHAMAN WAHHABBI INI DILARANG DI KEMBANGKAN DIMSIA. MALAH BEBERAPA NEGERI MENGHARAMKANNYA.

      Delete
    2. Adakah wakil golongan wahabi hadir dlm seminar, bengkel tersebut? Majlis fatwa msia dah keluarkan fatwa wahabbi tidak sesat.

      Delete
  4. SOKONG MUFTI YG MEMERANGI JENAYAH !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga sokong! Respect Dr. Asri! Mufti-mufti lain semuanya diam membisu sahaja.

      Delete
  5. terika derma dari nwgara wahabi tak pa ka.. muahahhaah

    ReplyDelete
  6. Standard klise UMNO bila tak boleh nak patahkan hujah bernas. Dia lebel orang tu macam2 tapi tak pulak address issue yg mufti Perlis tu timbulkan. Is this the best of UMNO thinkers yg ada sekarang????? Tak habis2 berselindung disebalik topeng ugama. Woi!!!! stick to the issue yg Mufti Perlis tu timbulkan....tak kiralah issue tu is for or against gomen/pembangkang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kerja mereka hanya mengalihkan isu dan bukan menangani isu itu sendiri.Kerja mereka sekarang ini adalah untuk tolong cover up jenayah songlap duit 1MDB Najib.Siapa-siapa sahaja bersuara, UMNO akan buat character assasination terhadap individu tersebut. UMNO Najib telah mengkhianati rakyat. Najib dan UMNO must go!!!!

      Delete
  7. MUFTI MAJLIS UGAMA ISLAM MESTI CKP MCM TU.
    KALAU MUFTI KERAJAAN NEGERI KENA AR SENGAP.

    ReplyDelete
  8. tangkap mufti wahabi dan penjarakan kerana ia boleh memecah belah kan masysarakat islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAN TANGKAP MO1 SEKALI.

      Delete
    2. Utamakan tangkap MO1 aka Najib dulu yang sah-sah telah songlap duit rakyat.

      Delete
  9. sesungguhnya wahabi itu sesat lagi menyesatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak kekampungan. Sila pergi timba ilmu lagi sebelum buat komen hentam sebarangan.

      Delete
    2. Siapa kamu yg berani melabelkan wahabi tu sesat?. Kalau sesat mengapa berjuta-juta orang Islam terus menerus pergi Mekah byat Umrah, buat haji dan solat berimakan orang wahabi?.
      Kalau tak ada ilmu jgn cakap.

      Delete
    3. kenapa kamu suka sangat melabelkan wahabi ni sesat?

      Delete
    4. setiap hutang bila ada bunga itu riba ,bila riba dosa manimum sama dgn ber...
      ibu bapa tak kah itu mengejutkan apa lagi yg maksimum...agama tidak mengalakkan berhutang apalagi hutang yang tidak perlu,kerna hutang maruah ada yg hilang..Allah hu Aklam ....main wayang..

      Delete
  10. Adalah mjadi tanggung jwb ugamawan menegur kemungkaran yg sedang di lakukan oleh pemimpin negara kita.
    Syabas Ustaz Asri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, finally ada juga seorang agamawan yang berani bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menentang jenayah rasuah pemimpin kerajaan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com