innity

pages

Friday, August 5, 2016

Ustaz Idris: KPN Pakai Undang-Undang Mana, Hentikan Laporan Khairul?

KPN Pakai Undang-Undang Mana, Hentikan Laporan Khairul?
Ini soal keselamatan negara. Ini soal maruah negara. Ini soal membocorkan maklumat. Ini soal hendak menjatuhkan Perdana Menteri. Ini soal maruah tiga nama yang ternama di peringkat antarabangsa. Kenapa laporan ini dihentikan begitu sahaja. Semuanya menjadi perbualan di kalangan masyarakat. Timbul persoalan apakah kerana Khairul Naib Ketua Pemuda Umno?. Atau takut perkara yang terlindung terburai.
Cukuplah wahai Ketua Polis Negara, bukankah negara kita dilanda krisis keyakinan terhadap badan penguatkuasa dan perundangan. Kenapa kes ini berlalu begitu sahaja. Macam mana alasan yang diberi begitu naif, hanya laporan itu berdasarkan andaian. Adakah ini tidak boleh dikategori sebagai laporan palsu? Bukankah ada peruntukan bagi mereka yang melakukan kesalahan membuat laporan palsu.
Adakah kalau rakyat biasa melakukan perbuatan tersebut tidak menjadi satu kesalahan?. Sejarah tercatat di dalam negara kita Chong Lim Shu dari Kulai Jaya, seorang pekerja stor yang membuat laporan palsu kononnya disamun telah didenda RM500 atau penjara tujuh hari. Begitu juga yang berlaku kepada Cheong Chee Lun telah dijatuhkan hukuman RM2000 dan penjara dua hari. Kesalahanya kerana membuat laporan palsu dengan menuduh Loh Kein Chok menggunakan kereta Wira miliknya tanpa kebenaran. Ini hanya secebis kes yang melibatkan orang biasa.
Ini bukan laporan curi telor ayam. Ini bukan laporan palsu curi kereta. Ini soal keselamatan dan kedaulatan, kononnya memberi maklumat kepada agensi Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Soal siapa salah atau benar tentang laporan tersebut, biarlah dibawa ke pengadilan terlebih dahulu. Ini melibatkan tiga individu penting. Iaitu bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Sampai bila drama ini akan berakhir.
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
4/8/16


PAS

2 comments:

  1. Igp jilat bontot najib dah

    ReplyDelete
  2. Yang ustaz ni nak sibuk pasal apa..apa kaitan dia dgn isu ini?.. sebagai naib presiden pas..jaga dan awasi ahli-ahli pas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com