innity

pages

Saturday, August 27, 2016

[UNTUK ZAHID HAMIDI] Kini Bangla, Pakistan dan Myanmar BERNIAGA jadi TAUKE, kuasai Pasar Borong hingga ke Pekan Sungai Besi


Perubahan budaya hidup warga asing yang tinggal di negara kita boleh dilihat selepas bertahun-tahun mereka menetap di sini. Malah ada yang sudah tinggal lebih 10 tahun dan tidak mahu pulang menetap semula di negara kelahiran mereka.

Justeru, kita dapat melihat perubahan terutama bagi warga asing yang datang dari Bangladesh, Pakistan dan Myanmar yang sebelum ini datang ke Malaysia untuk bekerja di perusahaan tertentu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor buruh.

Itu mungkin dahulu. Kini, mereka telah mengorak langkah ke hadapan apabila mula membuka perniagaan, sekali gus mempelopori sektor perkhidmatan atau ‘kaunter hadapan’ iaitu perniagaan.

Oleh yang demikian, satu tinjauan telah dilakukan untuk mengenal pasti monopoli yang dilakukan warga asing yang tujuan asal mereka datang ke negara ini adalah untuk bekerja dengan majikan, tetapi kini ada dalam kalangan mereka sudahpun menjadi tauke.

Pekan Sungai Besi

Tinjauan penulis mendapati terdapat 24 kedai jahit di pekan ini, namun hanya sebuah sahaja dioperasikan sepenuhnya oleh masyarakat tempatan.

Sebanyak 23 kedai lain diuruskan sekurang-kurangnya seorang warga asing terutama dari Bangladesh.

Lebih mengejutkan, hanya tiga sahaja kedai dimiliki warga tempatan yang menggaji pekerja dari Bangladesh untuk mengoperasikan kedai mereka.

Kedai lain telah disewa oleh warga Bangladesh dan mereka sendiri menguruskan kedai tersebut untuk mengubahsuai, menjahit baju kurung, baju Melayu, kemeja dan sut blazer.

Bukan itu sahaja, upah jahit juga cukup ‘menawan’ iaitu antara RM60 hingga RM70 bagi baju Melayu, RM60 hingga RM70 (baju kurung), manakala sut blazer pula antara RM250 hingga RM350 sepasang.

Di kedai yang dioperasikan sepenuhnya oleh peniaga tempatan, upah jahit untuk baju Melayu adalah RM130 dan baju kurung pula RM80, selain tidak menyediakan perkhidmatan menjahit sut blazer.

Selain harga lebih rendah, kualiti jahitan di kedai warga Bangladesh juga lebih kemas, selain tempahan boleh disiapkan dalam masa singkat iaitu dua atau tiga hari berbanding warga tempatan yang mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk sepasang baju Melayu.

Pasar Borong Selangor dan Kuala Lumpur

Tinjauan turut dilakukan di Pasar Borong Selangor dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur, terdapat 448 lot gerai, manakala Pasar Borong Selangor mencatatkan 310 lot.
Meskipun penyewa lot gerai di kedua-dua pasar itu adalah orang tempatan, namun warga asing terutama dari Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia membanjiri premis tersebut sebagai pekerja dan peniaga.

Tinjauan mendapati terdapat 13 gerai kecil dibuka oleh warga Myanmar dalam perkarangan Pasar Borong Kuala Lumpur untuk menjual produk seperti makanan ringan dan sireh.

Bukan itu sahaja, mereka turut menjual minuman ringan yang dibawa sendiri dari negara mereka termasuk Thailand.

Kedai peralatan teknologi maklumat

Tinjauan diteruskan lagi bagi menjejak aktiviti perniagaan warga asing di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur terutama kedai yang menjual barangan aksesori komputer dan telefon bimbit.

Lima buah kedai di pusat beli-belah komputer dan gajet terkenal di Kuala Lumpur telah dipilih untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang pekerja asing dan sebuah kedai dengan warga kerja tempatan bagi mengenal pasti harga ‘standard’ peralatan dan perkhidmatan.

Di sebuah kedai, sekurang-kurangnya terdapat dua orang dan paling banyak ialah enam hingga lapan pekerja, rata-ratanya warga Bangladesh dan Pakistan. Satu daripada lima kedai disewa oleh warga Pakistan yang turut memiliki cawangan di Petaling Jaya.

Mereka menikmati kebebasan menjual peralatan komputer mengikut harga yang boleh ditawarkan kepada pelanggan dan akan menerima komisen bagi setiap barang yang terjual.

Bagaimanapun harga jualan tidak jauh beza dengan peniaga tempatan. Namun untuk memenangi persaingan, perkhidmatan ditawarkan jauh lebih baik. Malah mereka sanggup membetulkan komputer atau telefon bimbit meskipun ia barang lama.

- Utusan Online

2 comments:

  1. BAGUS LA TU RAKYAT DAPAT BARANG BERKUALITI DENGAN HARGA MURAH,SELAMA NI ORANG MESIA BERNIAGA MENCEKIK DARAH.

    ReplyDelete
  2. Malaysia Boleh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com